Apa Itu Sistem Penggiliran (QMS)?
Sistem Penggiliran (QMS) adalah aplikasi telefon pintar yang memberikan anda nombor giliran dengan mudah dan cekap.

Kuala Lumpur, 6 Dec 2025. 10.00 malam – PELAKSANAAN Sistem Penggiliran (QMS) Di Bahagian Keselamatan dan Pasport, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bermula 6 Januari 2025

Apa itu Sistem Penggiliran (QMS)?

Sistem Penggiliran (QMS) adalah aplikasi telefon pintar yang memberikan anda nombor giliran dengan mudah dan cekap.

Apa kebaikkan menggunakan sistem QMS ini?

1️⃣ Tidak perlu menunggu lama: Dengan aplikasi ini, anda akan mendapat nombor giliran tanpa perlu beratur panjang. Jimatkan masa dan rancanglah jadual anda dengan lebih baik.

2️⃣ Penyelarasan yang lancar: Sistem QMS memastikan proses perkhidmatan yang teratur dan lancar di pejabat kami. Anda akan dipanggil pada waktu yang ditetapkan, memberikan kemudahan yang sepenuhnya.

3️⃣ Keselesaan dan kecekapan: Dengan menggunakan aplikasi telefon pintar ini, anda dapat menguruskan urusan dengan mudah dan cekap, membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Bagaimana untuk mengakses sistem QMS?

Caranya sangat mudah! Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Sistem Penggiliran (QMS) yang terdapat dalam telefon pintar anda sama ada di Apple App Store dan Android Play Store. Pilih pejabat Imigresen, cawangan yang berkaitan dan dapatkan nombor giliran anda dengan satu sentuhan!

Pastikan anda memuat turun aplikasi ini dan bersedia untuk pengalaman yang lebih baik di Jabatan Imigresen Malaysia.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda! Kami yakin Sistem Penggiliran (QMS) baharu ini akan memberikan mutu perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

#PERKASA
#taatsetia
#Imigresen

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

RoS Tidak Mempunyai Bidang Kuasa Berhubung Isu Pakaian Mana-Mana Pertubuhan Berdaftar.