Tolong Kembalikan Perpaduan Kaum Di Malaysia.
PERISTIWA 13 Mei menjadi satu pengajaran yang begitu mahal dan mengingatkan kita semua bertapa bahayanya sentimen agama dan perkauman dijadikan bahan untuk melepaskan marah dan mainan.

Kuala Lumpur, ,25 Dec 2024, 12.00 tengahari – PERISTIWA 13 Mei sudah cukup perit untuk dikenang dan kepada mereka yang terlibat serta masih hidup sehingga hari ini, ia amat ngeri untuk diingat kembali dan sudah pasti ia menjadi satu pengajaran yang begitu mahal dan mengingatkan kita semua bertapa bahayanya sentimen agama dan perkauman dijadikan bahan untuk melepaskan marah dan mainan terutama membangkitkan isu politik bagi menunjukkan kehebatan dan kebenaran masing-masing.

Sudah lebih 50 tahun peristiwa 13 Mei itu berlaku dan sebaik sahaja keadaan memjadi tenang semua kaum di Malaysia mulai memupuk semangat untuk kukuhkan perpaduan dan membina kembali negara selepas ianya terganggu oleh kacau bilau diantara kaum yang meragut banyak nyawa orang-orang yang tidak berdosa.

Selepas peristiwa hitam itu, rakyat Malaysia yang berbilang kaum mulai menyemai rasa cintakan negara dan mulai menghargai kemerdekaan dan menghormati kedaulatan negara. Pada masa itu bermula lah era berbagai bangsa di Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan diantara satu sama lain dan tidak ada pihak yang mempertikaikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Tetapi apabila dunia semakin morden, dan sistem digital mulai menguasai minda anak-anak muda, mereka telah terpengaruh dengan berbagai pendedahan yang berlaku di negara luar yang extream seperti kebencian, keganasan, peperangan dan perkauman serta penindasan yang berlaku disesetengah negara. Tidak ketinggalan elemen hasutan agar membenci pemerintah kerana tidak berpuas hati mengenai isu perkauman dan sebagainya.

Dunia digital bukan sahaja mempengaruhi minda orang-orang dinegara barat, malah ia juga mempengaruhi minda orang-orang di Malaysia dan dari situ bermula lah hilang semangat perpaduan antara kaum sedikit demi sedikit sehingga hari ini ia seperti api di dalam serkam yang senyap membakar kedamaian berbagai kaum seperti menanti untuk meledak. Perasan prejudis, saling menyentuh isu sensitif antara kaum dan agama semakin menular.

Semangat patriotisme antara kaum seperti dahulu sudah mulai pudar dan digantikan dengan sikap mementingkan diri dan kaum sendiri yang semakin menebal terutama dikawasan bandar-bandar besar, dikawasan perumahan termasuk dunia perniagaan yang semakin merugikan apabila ada kaum yang boikot perniagaan kaum lain disebabkan isu perkauman dan agama.

Di pentas politik juga tidak kurang hebatnya dengan para penceramahnya yang sering membawa isu 3 R di dalam ceramah mereka dan itu merupakan salah satu punca keretakan hubungan diantara kaum dan memecahkan perpaduan. Sekarang ini ada segelitir manusia di Malaysia dengan secara terbuka dengan sengaja memainkan sensitiviti antara kaum sehingga bertindak diluar batasan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Orang Muda Tidak Membenci Politik, Malah Memerlukan Politik Untuk Membawa Perubahan.