Orang Muda Tidak Membenci Politik, Malah Memerlukan Politik Untuk Membawa Perubahan.

Kuala Lumpur, 24 Dec 2024,9.00 malam – ORANG muda tidak membenci politik. Malah, para belia hari ini lebih mementingkan politik berbanding ahli politik sebenar. Sebagai generasi baru kita sentiasa berkembang maju untuk mencari jawapan dan menimbulkan persoalan.  Ini adalah politik. Mereka menyokong politik di dalam beberapa perkara dan pada masa yang sama mengadakan kritikan supaya penambahbaikan dapat dibuat dengan harapan suara orang muda dapat didengari oleh pihak yang berkuasa.

Dimana mana pun ada politik. Ia bukan sahaja untuk bertanding dalam pilihan raya dan menjadi  kerajaan. Tetapi politik sebenarnya adalah suara untuk menyatakan sesuatu untuk perubahan dan mendapatkan kestabilan di dalam masyarakat dan ekonomi. Paling penting adalah  menyuarakan hak asasi manusia.

Kewujudan orang muda di dalam dunia politik adalah untuk bertindak di atas sebab tertentu, berdiri untuk menyokong apa yang disukai tanpa perlu mengikut telunjuk mana- mana pihak kerana itu adalah hak peribadi asalkan ia tidak melanggari undang-undang negara. Menyekat suara orang muda yang bakal menjadi peneraju rakyat dan negara di masa hadapan adalah satu perkara yang bodoh. Masa depan negara juga ditentukan oleh politik. Ini bermaksud politik dan anak muda tidak boleh dipisahkan.

Politik boleh membawa perubahan dan suatu hari nanti. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi,  kita boleh membawa perubahan besar kerana anak muda boleh bersuara dan mereka tidak boleh ditegah untuk meluahkan pendapa.  bukan sahaja di Malaysia tetapi juga diseluruh dunia. Sesetengah anak muda takut dengan politik kerana mereka fikir ia adalah kitaran ganas yang kotor tetapi percayalah  bahawa selagi negara bergelar negara yang mengamalkan demokrasi, tidak perlu takut untuk menyuarakan pendapat yang positif. Bukan untuk mengajak kepada perlakuan keganasan yang boleh mengotorkan imej negara.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Orang Melayu Bukan Malas. Tetapi Mengikut Budaya Dan Agama Agar Dapat Mengawal Diri.