Keanehan Budaya Perniagaan Di Malaysia.

Kuala Lumpur, 22 Dec 2024, 11.00 malam – SEORANG warga Australia begitu teruja dengan setiap perjalanan yang dia  lakukan di Malaysia, KL, Langkawi, Melaka dan beberapa tempat yang lain. Pada beliau, tiada masalah untuk mencari makanan di Malaysia kerana di sini ramai peniaga makanan seperti berada di dalam kelompok yang besar dan ianya tidak terdapat di Australia. Mungkin beliau tidak pernah melihat perniagaan pasar malam atau pasar tani di tempat asalnya.

Terdapat banyak restoran Cina Malaysia yang berjaya seperti Paparich dan beberapa jenama makanan yang terkenal diseluruh dunia namun, beliau mahukan masakan Melayu asli. Beliau melihat konsep perniagaan yang lain di Malaysia seperti menjual di dalam kereta sorong atau dibawah khemah berukuran 10’x10′ tetapi mempunyai pelanggan yang ramai. Beliau berkata budaya perniagaan seperti pasar malam atau pasar tani dipanggil  ‘kantin’ iaitu konsep datang dan pergi serta kadang- kadang tiada pelanggNan langsung dan ia dianggap sesuatu yang gagal.

Perniagaan nampaknya bermula dengan cukup baik, tetapi tiada masa yang tetap untuk menutup dan membuka premis. Apabila beliau memesan makanan untuk jangka waktu yang singkat, penjual akan menolaknya kerana tidak ada tukang masak atau tukang masak tidak datang bekerja. Pada beliau, ia amat merugikan apabila penjual menolak pesanan makanan hanya disebabkan tiada tukang masak. itu sesuatu yang merugikan perniagaan. Perkara seperti itu tidak diamalkan di Australia kerana mereka akan menetapkan masa untuk setiap tukang masak untuk berkerja mengikut jam. Bukan berkerja mengikut suka hati.

Sekiranya ada pelanggan yang tergesa-gesa untuk memesan makan tengah hari, ianya ditolak disebabkan tukang masak lambat masuk kerja dan mereka tidak dibuang kerja. Keesokan harinya tukang masak itu masih lagi berkerja walaupun lambat masuk dan kehilangan beberapa pelanggan.