
Kuala Lumpur, 19 Dec 2024, 4.00 petang – DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Integriti, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran serta Pejabat Cawangan Seputeh telah melaksanakan operasi bersepadu roboh struktur haram di atas rezab jalan awam (lorong belakang) sekitar Parlimen Seputeh.
Antara agensi sahabat yang turut terlibat dalam operasi tersebut adalah Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
Hasil daripada operasi yang dijalankan, 4 unit kediaman telah dikenakan tindakan roboh atas kesalahan membina struktur tambahan hingga menutup longkang awam dan laluan awam.
Sementara itu, 1 unit rumah yang diubahsuai tidak selaras dengan plan yang telah diluluskan oleh DBKL dan dibina di atas rezab jalan awam juga telah dirobohkan.
Selain itu, sebanyak 7 unit kediaman telah diberikan notis penguatkuasaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 untuk membuka sendiri struktur yang telah dibina bagi membolehkan pihak DBKL menyelenggara semula jalan awam tersebut.
Kesemua sisa struktur telah dilupuskan oleh DBKL selepas operasi tamat.
Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari sepmasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut.
Jangan ada pihak yang mengamuk pula apabila DBKL runtuhkan struktur haram di atas jalan awam. tindakan ini selaras dengan komitmen DBKL dalam memastikan bandar Kuala Lumpur kekal teratur, selesa, dan selamat untuk semua. Siasatan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di semua parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
https://adukl.dbkl.gov.my/
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Orang Melayu Jangan Terlalu Menaruh Harapan Yang Tinggi Untuk Mendapat Bantuan Dari Politik.