Kuala Lumpur, 18 Dec 2024, 4.00 petang – UNDANG-UNDANG tidak mengenal sesiapa. Jika terbukti bersalah tetap akan didenda. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan memohon maaf dan telah bersedia untuk membayar denda yang akan dikenakan oleh Kementerian Kesihatan ke atas dirinya kerana merokok di kawasan larangan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pegawai yang diberi kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban akan bertemu Mohamad pada Rabu (18 Dis) untuk melaksanakan tindakan itu. Dzulkefly menjelaskan bahawa kementeriannya berpegang kepada prinsip tiada sesiapa di atas undang-undang.
Tular sekeping gambar, seorang lelaki bersama sekumpulan lelaki sedang duduk di sebuah premis sambil memegang seputung rokok. Lelaki tersebut dipercayai Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat.
Sejak berita itu tersebar, Tok Mat tidak menafikan perkara tersebut malah beliau sendiri meminta Kementerian Kesihatan mengeluarkan denda atas kesalahan itu, dan beliau turut menyatakan kesediaan untuk membayar denda yang telah dikenakan.
Menurut Dzulkefly penguatkuasaan Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam, 2024) pada 1 Okt, saya tetap teguh dengan prinsip ini,” katanya.
Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awan, 2024) berkuatkuasa pada 1 Oktober yg lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘Tiada siapa yg boleh mengatasi undang-undang. (Tiada sesiapa pun di atas Undang-undang).
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Tengku Zafrul Bukan Ahli Parlimen, Jadi Undang-Undang Anti Lompat Parti Tidak Terpakai.??”