
Kuala Lumpur, 17 Dis 2024, 9.00 malam – BEKAS Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya yang juga seorang peguam, mengecam sekeras-kerasnya keputusan yang dibuat oleh Pendakwa raya baru-baru ini mengenai penarikan balik rayuan terhadap pembebasan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan berkaitan kontrak sistem visa asing (VLN) Malaysia, sebagai satu kecurangan dalam usaha Kerajaan Perpaduan untuk memerangi rasuah. Mungkin Zahid kroni kepada seseorang maka itu dia terlepas dari tuduhan???
Datuk Yusaini Amer Abdul Karim, Timbalan Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan di Jabatan Peguam Negara, memberitahu panel tiga hakim Khamis lalu bahawa “terdapat asas undang-undang dan fakta yang kukuh untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi”, berdasarkan dua representasi dibuat oleh Zahid pada 26 Januari 2023 dan 7 Februari tahun ini.
Lateefa berkata, beliau terkejut dengan dakwaan wakil Peguam Negara di mahkamah rayuan bahawa terdapat ‘asas undang-undang atau fakta yang kukuh’ untuk menarik balik rayuan itu. Ini sangat bertentangan dengan apa yang ada di dalam pengetahuannya tentang perkara itu. Latheefa menyatakan bahawa dia sendiri mahu mengelak daripada membincangkan kes-kes yang telah diusahakannya tetapi demi kepentingan negara beliau terpaksa bersuara terhadap kes yang dianggap luar biasa ini.
Latheefa turut mengaitkan perkembangan ini dengan penarikan balik 47 pertuduhan rasuah yang dilakukan oleh Peguam Negara sebelum ini mengenai kes pertubuhan amal yang diasaskannya, Yayasan Akalbudi, menimbulkan kebimbangan mengenai keadilan terpilih.
Zahid, yang juga presiden Umno, telah menghadapi pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta (RM42 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd untuk melanjutkan dan mengekalkan kontrak berkaitan VLN. Zahid adalah sekutu politik terdekat PM, dan semua kes rasuahnya telah digugurkan oleh Peguam Negara. Latheefa menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin kerajaan lain untuk menangani kebimbangan orang ramai.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
PKR Yang Mencuri Pemimpin Umno Atau Pemimpin Umno Yang Merelakan Diri Di Curi Oleh PKR??