Kuala Lumpur, 1 Dec 2024, 6.00 petang – YANG di Pertuan Agong Sultan Ibrahim pernah menyuarakan supaya graduan menjalani kehidupan dengan berdikari tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan. Baginda meluahkan kata-kata tersebut melalui apa yang telah diperhatikan setiap hari walaupun baginda berada di Istana dan sibuk dengan hal-hal tugasan. Para graduan seharusnya berfikir di luar kotak pemikiran jika mahu berjaya tanpa berharap kepada ijazah.
Sebagai graduan, tentunya golongan ini bijak di dalam berfikir kerana telah diiktiraf sebagai pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Bijak didalam akedemi tidak semestinya mampu menjamin masa depan yang cemerlang.
Sebenarnya banyak bidang yang boleh menjadikan seorang graduan itu berjaya di dalam kehidupan sebagai contoh bidang keusahawan, bidang pertukangan, bidang penjualan dan pemasaran secara langsung, bidang jahitan, bidang masakan, bidang penulisan, bidang penternakkan, bidang pertanian dan perladangan. Sekiranya tiada pengalaman, mohon bantuan dari kerajaan untuk mendapatkan penempatan bagi menjalani latihan.
Semua bidang yang disebut itu tidak memerlukan modal yang banyak dan ada diantaranya tidak memerlukan modal langsung. Walau pun pada asalnya bidang ini tidak digemari oleh graduan, tetapi perlu dicuba dari tidak melakukan apa apa langsung. Sebagai manusia biasa, kita tidak tahu di mana rezeki kita yang akan membuahkan hasil yang banyak, namun ianya perlu dicuba walau pun kita tidak berminat langsung dengan apa yang akan kita cuba itu.
Kebelakangan ini, banyak usahawan muda yang berjaya menempah nama dan berada setaraf dengan usahawan lain yang telah berjaya. Semasa di dalam pengajian mereka tidak pernah menyangkan bahawa mereka akan berjaya dibidang lain sebagai contoh usahawan muda yang kini seorang jutawan iaitu Khairul Aming. Sekarang ini beliau berjaya dengan hanya menjual sambal tumis atau sambal yang diberi nama sambal nyet yang sedap.
Nama Khairul Aming bukan sahaja terkenal di Malaysia malah dinegara luar juga. Pada peringkat awal perniagaannya, beliau hanya aktif di media sosial dengan beberapa resepi tetapi lama kelamaan masakan beliau telah mula menjadi ikutan ramai dan mempunyai berjuta tontonan. Bak kata pepatah Melayu dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Jadikan diri kita sebagai graduan yang berjaya walaupun bukan di dalam jurusan yang kita pelajari. Ramai anak muda yang telah berjaya dihari ini dengan hasil usaha sendiri dan kemahuan untuk mencuba bidang baru. Berniaga kecil-kecilan di tepi jalan juga boleh meraih pendapatan yang tinggi asalkan sabar dan tidak putus asa. Walaupun dunia perniagaan banyak persaingan, tetapi rezeki yang dikurniakan oleh Allah tidak semuanya sama. Setiap orang ada rezeki masing,-masing yang telah disediakan oleh Allah. Apa yang perlu hanya memulakan dan terus mencuba sehingga mencapai kejayaan seperti usahawan lain.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :
Gila Kuasa Pemimpin Atau Karenah Rakyat Yang Membuat Kerajaan Bertukar ?