Kuala Lumpur, 20 Nov 2024, 12.00 tengahari – AMAT mengejutkan apabila Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil ( Bersih ) hanya memberikan gred D iaitu 35.8 peratus disepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun setiap hari rakyat diberitahu bahawa pentadbiran kerajaan di hari ini merupakan kerajaan yang terbaik berbanding kerajaan sebelum ini yang dilihat berjaya dengan cemerlang terutama di dalam memerangi rasuah.
Apa yang dinilai diantaranya adalah janji manifesto sewaktu kempen pilihanraya dahulu dimana ia kurang memenuhi seperti apa yang dinyatakan. Selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk ia seharusnya memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan terutamanya dalam memenuhi kesemua agenda reformasi.
Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, penilaian pemarkahan yang diberi menunjukkan satu jurang yang ketara dari segi kemajuan, tindakan dan perlaksanaan reformasi tidak seperti yang diwar-war kan sebelum ini. Mungkin ada sedikit perubahan dan perlaksanaan terhadap keadaan negara terkini namun, ia masih tidak memenuhi.
Apa yang lebih mengejutkan adalah, dari sudut penilaian Bersih, dalam 70 peratus skala pemarkahan akauntabiliti manifesto merangkumi Reformasi Pilihan Raya, status dua daripada tujuh masih dalam progres, manakala selebihnya tidak dilaksanakan. Persoalannya disini, adakah agenda reformasi didalam manifesto pilihanraya hanya sebagai gula-gula untuk memancing rakyat ??
Manakala dibahagian Reformasi Institusi pula, lima dari lapan belas telah terlaksana, tujuh masih didalam proses manakala yang lain tidak dipenuhi. Hak Kebebasan Sivil pula, dua masih di dalam proses manakala tiga tidak terlaksana. Mungkin separuh dari agenda reformasi itu lambat untuk dilaksanakan atau pun mungkin agenda reformasi yang tidak terlaksanakan itu juga perlu dilupakan saja??
Berkenaan penanda aras perbandingan dengan beberapa perdana menteri sebelumnya pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya capai skor 18 dari 30 peratus. Perkara ini disebut oleh Muhammad Faisal sewaktu forum ” Adakah Kita Mencapai Perubahan “. Pada masa yang sama beliau turut merasmikan Laporan Penilaian Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Sambutan Lapan Tahun Selepas Bersih 5 di sini, pada Selasa.
Dari pandangan Muhammad Faisal , kemungkinan kerajaan tidak sempat untuk melaksanakan kesemua agenda reformasi kerana waktu ini telah pun melepasi pertengahan lima tahun pentadbiran dan masih lagi tidak mencapai satu perubahan yang besar.
Muhammad Faisal menambah lagi, pentadbiran terdahulu berjaya membuktikan bahawa reformasi utama boleh diselesaikan dalam tempoh dua tahun sahaja. Satu kenyataan yang mampu mengegarkan suasana terutama di dalam arena politik ??
Apa yang mahu dilakukan oleh Bersih adalah mengemukakan dua belas cadangan kepada kerajaan apabila hampir PRU-16 nanti iaitu diantaranya, sepuluh tahun tempoh masa untuk jawatan perdana menteri, Akta Perkhidmatan Parlimen ( PSA), Akta Pendanaan Politik, dan pisahkan kuasa peguam negara dan pendakwa raya serta lain-lain.
Untuk merealisasikan apa yang dirancang, Bersih akan terus berkerjasama dan terlibat secara langsung dengan memberi tekanan kepada kerajaan, pembangkang dan Parlimen serta semua pihak untuk menyokong agenda dan menjadikan agenda reformasi ini sehingga kesemua yang pernah digariskan dilaksanakan dengan jayanya.
Tambah Muhammad Faisal lagi, sekarang adalah masa untuk menjadikan demokrasi lebih jelas tanpa ada sekatan dan melaksanakan reformasi institusi pilihan raya yang teguh sambil melindungi hak kebebasan sivil.
turut hadir di dalam forum tersebut adalah bekas Pengerusi Bersih 2013-2018, Maria Chin dan mantan Pengerusi Bersih sesi 2018-2023, Thomas Fann.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Pemberi Maklumat Mengenai Rasuah Boleh Memohon “Perlindungan Pemberi Maklumat”- SPRM.