Timbalan Perdana Menteri DS Zahid Hamidi Ingatkan Mengenai Ramalan Cuaca 𝐒𝐢𝐠𝐧𝐢𝐟𝐢𝐤𝐚𝐧 Yang Dijangka Pada 19 Hingga 23 November Ini.
Berdasarkan ramalan cuaca daripada MET Malaysia, luruan monsun bakal melanda timur Semenanjung dan timur Sabah dengan potensi hujan lebat berterusan yang melibatkan negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Kuala Lumpur, 15 Nov 2024, 6.00 petang – TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk berwaspada dengan luruan monsun yang dijangka berlaku pada 19 hingga 23 November ini.

Berdasarkan ramalan cuaca daripada MET Malaysia, luruan monsun bakal melanda timur Semenanjung dan timur Sabah dengan potensi hujan lebat berterusan yang melibatkan negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Dalam tempoh ini, kawasan perairan Laut China Selatan juga dijangka menghadapi angin kencang serta laut bergelora.

Beliau menasihatkan agar rakyat sentiasa peka dengan perkembangan cuaca terkini dan mendapatkan maklumat sahih melalui laman web dan media sosial MET Malaysia atau melalui aplikasi myCuaca.

Sumber : Malaysian Meteorological Department

#METMalaysia
#NADMA
#MalaysiaMADANI

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Mengapa Beri Persepsi Yang Tidak Baik Terhadap Guru-Guru?