Lantikan Dusuki Sebagai AG, Mendapat Kritikan Dari BERSIH.
bersih turut mengatakan peguam negara tidak boleh lagi menjadi pendakwa raya tetapi hanya menjadi penasihat undang-undang kerajaan.

Kuala Lumpur, 13 Nov 2024, 12.00 tengahari – BERSIH mengkritik keputusan melantik Peguam Negara yang baru iaitu Mohd Dusuki Mokhtar kerana proses lantikan beliau dikatakan tidak melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ( JPK ) yang lebih telus dan inklusif. Perlantikan beliau juga didakwa tidak memcerminkan komitmen terhadap reformasi institusi.

Perlantikan melalui JPK bukan sahaja lebih telus dan jelas, malah ia juga boleh menerima pendapat dan pandangan daripada pertubuhan masyarakat sivil dan NGO.

Bukan setakat itu sahaja, malah bersih juga mengungkit peranan Dusuki sebelum ini memohon pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah melibatkan Yayasan Akalbudi pada tahun lepas.

Selain itu bersih turut mengatakan peguam negara tidak boleh lagi menjadi pendakwa raya tetapi hanya menjadi penasihat undang-undang kerajaan. Oleh itu bersih menggesa supaya peguam negara dan pejabat pendakwaraya awam perlu dipisahkan secepat mungkin supaya peguam negara tidak lagi perlu untuk mendakwa kesalahan undang,-undang.

Pada 23 Oktober lalu, bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, yang mahukan supaya pemisahan diantara peguam negara dan pendakwaraya tidak seharusnya dilakukan secara tergesa-gesa dan ianya perlu dilakukan dengan penuh bertanggungjawab.

Persoalannya mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), seperti tidak mahu melambatkan pemisahan kuasa tersebut??

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: