Tindakan Mohamad Sabu Terhadap NAFAS Mendapat Sokongan Zahid 100%.

Kuala Lumpur, 11 Nov 12024, 4.00 petang –MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa tindakannya terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mendapat sokongan 100% daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pertemuan telah dibuat dengan Presiden UMNO itu bagi menjelaskan bahawa tindakannya itu tiada unsur politik memandangkan terdapat ahli Umno yang menganggotai NAFAS.

Menurut Mohamad Sabu, ia amat penting bagi mengelak timbul sebarang spekulasi dari dikaitkan dengan politik mengenai tindakan siasatan dan penggantungan ahli jemaah pengarah yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa yang dkhuatiri oleh Mohamad Sabu adalah bimbang perkara itu akan disalah anggap dengan mengatakan bahawa Amanah (Parti Amanah Negara) mahu menguasai Nafas dengan membuang ahli-ahli UMNO yang berada didalam NAFAS. Maka itu penjelasan kepada Presiden Umno perlu dibuat dan Presiden Umno bersetuju untuk siasatan oleh SPRM dibuat demi untuk membersihkan Nafas dari dimusnahkan oleh mana mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mohamad Sabu berkata, perkara ini tiada kaitan dengan politik dan tidak berniat untuk menghukum sesiapa dan juga tidak akan mendedahkan nama-nama orang-orang yang terlibat. Beliau menyerahkan semua perkara kepada SPRM untuk membuat siasatan. Tambah beliau lagi, mereka tidak akan menghukum sesiapa tanpa maklumat yang diperolehi dengan jelas.

Sementara itu, Mohamad berkata, Majlis Penasihat Nafas diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman yang telah memulakan tugas selepas dilantik pada 8 November lalu diberikan kebebasan untuk melakukan agenda reformasi pertubuhan berkenaan. Sebagai seorang yang profesional, Tan Sri Zainal Rahim Seman layak dipilih untuk memikul tanggungjawab berdasarkan integriti semasa menjadi pegawai dahulu.

Pada 2 November lalu, SPRM memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion. Semasa siasatan dijalankan oleh SPRM, beberapa perkara telah terbongkar dan penemuan lain di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan, Kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap Nafas serta Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) oleh pihak berkuasa termasuk SPRM.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: