Akta Baharu Tahanan Rumah, Beri Peluang Kedua Buat Pesalah Kes Ringan ?
Tujuan utama bagi melaksanakan undang-undang ini adalah untuk memberi peluang kedua kepada pesalah kali pertama untuk kategori kesalahan ringan selaras dengan usaha reformasi pemulihan.

Kuala Lumpur, 26 Okt 2024, 11.00 malam – DATUK Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, menyatakan bahawa cadangan undang-undang tahanan rumah masih dalam proses penggubalan dan sebelum keputusan ini dibuat, banyak kajian perlu dijalankan. Tujuan utama bagi melaksanakan undang-undang ini adalah untuk memberi peluang kedua kepada pesalah kali pertama untuk kategori kesalahan ringan selaras dengan usaha reformasi pemulihan.

Menurut Saifuddin, Satu perkara yang pasti adalah sekiranya undang-undang ini berjaya dilaksanakan kelak, ia akan memberi fokus kepada yang layak sahaja dan pemilihan itu akan melalui proses yang amat teliti. Untuk mendapatkan cadangan dan pandangan yang baik, kerajaan akan turut melibatkan pakar-pakar dan ahli-ahli akedemik bagi memastikan dan mengimbangi diantara hasrat kerajaan dan keselamatan serta pemulihan pesalah tidak dikompromikan atau tidak mengizinkan campurtangan dari mana mana pihak.

Saifuddin memberi contoh beberapa buah negara yang telah berjaya melaksanakan undang-undang tahanan rumah iaitu, Australia, New Zealand, dan Sweden yang menjadikan tahanan dirumah sebagai salah satu cara hukuman bagi pesalah yang melakukan kesalahan ringan. Perkara ini juga akan membantu untuk melegakan sedikit pengurusan di penjara dan pusat-pusat korektif.

Untuk itu,  Saifuddin memohon supaya semua pihak berlapang dada untuk menerima reformasi didalam undang-undang ini dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kecelaruan minda orang ramai dengan sangkaan yang negatif terhadap inisiatif ini.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Ramai Musuh Najib Ambil Kesempatan Menghina Apabila Beliau Mohon Maaf.