
Kuala Lumpur, 24 Okt 2024, 11.00 malam – AHLI PAS Ketereh, Datuk Mejar Jenderal (B) Khlir Mohd Nor berkata, sikap kerajaan tidak boleh diterima selepas mahkamah memutuskan Veteran Angkatan Tentera Malaysia berhak menerima pelarasan namun, kerajaan masih tidak melaksanakannya.
Pelarasan pencen Veteran ATM sudah sepuluh tahun di mohon sejak 2013. Ada diantara veteran berkenaan telah pun lanjut usia sehingga memcecah tujuh puluh tahun dan menunggu masa untuk pergi menghadap Ilahi tetapi pelarasan pencen masih juga tiada kata putus dari kerajaan walaupun mahkamah telah membenarkannya.
Disebabkan itu Khlir mendakwa bahawa kerajaan dengan sengaja melengah-lengah pelarasan itu pada hal pada bulan Februari lalu mahkamah dengan jelas mengatakan bahawa veteran berhak untuk menerimanya.
Khlir meminta supaya kerajaan membuat pembayaran dan menyelesaikan masalah ini tetapi malangnya tiada tindakan diambil sehingga hari ini.
Pada 5 Februari 2024, mahkamah memutuskan pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 mempunyai hak untuk pencen mereka diselaraskan mengikut kadar dan cara sama bagi pesara ATM yang bersara selepas 1 Januari 2013. Tetapi sehingga kini kerajaan masih lagi tidak melaksanakan pelarasan tersebut.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
KPDN Bertindak Ke Atas Premis Yang Tular Di Media Sosial Kerana Sorok Minyak Masak