
Kuala Lumpur, 22 Okt 2024, 9.00 malam – KERAJAAN Perpaduan memandang serius mengenai tunggakan bayaran balik PTPTN yang kini mencecah berbillion. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Tinggi telah menyediakan beberapa langkah sebagai inisiatif PTPTN untuk menggalakkan pembayaran balik pinjaman. Antaranya :
- Mengingatkan peminjam mengenai tunggakan bayaran balik pinjaman;
- Menyediakan insentif tertentu seperti membenarkan peminjam membuat penstrukturan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan masing-masing; dan
3. Bekerjasama rapat bersama Unit Pantau Madani, Kementerian Kewangan untuk mengkaji dan mencadangkan model pembiayaan baharu PTPTN yang lebih efisien dan mampan untuk jangka masa panjang.
SEBAGAI peminjam, pastikan anda memahami semua perkara yang terlibat dalam bayaran balik pinjaman pendidikan ini. Pastikan anda membuat bayaran balik tepat pada waktunya untuk mengelakkan kesan negatif pada rekod kredit anda.
Jika peminjam gagal membuat bayaran balik tepat pada waktunya, kemungkinan besar akan berlakunya tunggakan dalam pinjaman PTPTN. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan rekod kredit peminjam terjejas, yang boleh memberi kesan negatif kepada kemampuan peminjam untuk mendapatkan pinjaman atau perkhidmatan kredit pada masa depan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Ada Kebaikannya Juga Gaji Pekerja Asing Dan Gaji Pekerja Tempatan Sama Banyak.