Adakah RM1700 Cukup Untuk Menampung Hidup Dikawasan Bandar-Bandar Besar.
Adakah RM1700 ini cukup untuk menampung hidup dikawasan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur??

Kuala Lumpur, 19 Okt 2024, 6.00 petang – KITA telah diperdengar dengan berbagai perancangan bersama bajet bagi tahun 2025 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan Malaysia. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kenaikan sebanyak RM200 dari tanggagaji sebelum ini iaitu RM1500 dan kini gaji permulaan baru untuk rakyat Malaysia adalah sebanyak RM1700 sebulan. Adakah RM1700 ini cukup untuk menampung hidup dikawasan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur??

Bagaimana sebenarnya yang difikirkan oleh kerajaan dengan kenaikan hanya RM200 ringgit ini? Adakah rata-rata rakyat bersetuju dengan kenaikan gaji sebanyak ini sedangkan apa yang pasti berlaku adalah pemotongan wajib untuk Perkeso dan KWSP. Berapakah baki dari RM1700 itu?

Inilah persoalan yang bermain diminda rakyat kini. Nampaknya tidak ada lagi kerajaan yang benar-benar mampu untuk mengubah nasib hidup rakyat terutama golongan B40. Kepada mereka yang masih bujang mungkin tidak ada masalah tetapi pemotongan pinjaman pelajaran dan komitmen lain perlu dijelaskan juga. Jadi tiada beza dengan tanggagaji RM1500 sebelum ini.

Harga barang tetap akan naik kerana harga barang dan kenaikan gaji adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Kadar bayaran pinjaman bank mungkin akan naik, begitu juga bill api air dan bayaran lain. Adakah ia mencukupi dengan hanya RM1700 sebulan?

Rakyat terutamanya pekerja swasta memgharapkan satu tanggagaji yang ideal. Boleh membantu dari keseluruhan aspek kehidupan terutama dibandar-bandar besar. Rakyat tidak minta gaji yang berlebihan cuma apa yang penting untuk meneruskan kehidupan. Pekerja swasta tidak seperti kakitangan awam yang disediakan rumah untuk didiami dan berbagai-bagai lagi kemudahan lain termasuk pinjaman pembelian rumah yang rendah kadar interes.

Selain dari itu, sejak kebelakangan ini banyak majikan terutama dari bidang penjualan seperti di Mall dan pasaraya-pasaraya besar telah mula memotong elaun lebih masa dan hanya menggantikannya dengan cuti sahaja sedangkan bidang kerja bertambah. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lembab selepas era covid-19.

Namun apa pun alasannya, sandaran rakyat adalah pada kerajaan yang memerintah. Mencari satu titik perubahan supaya ia dapat membeza antara kerajaan dihari ini dan kerajaan sebelum ini adalah penting untuk menjadi kayu pengukur bagi mengekalkan kekuasaan sehingga PRU-16 akan datang. Jika tiada perbezaan bermakna kerajaan ini dan kerajaan sebelumnya dianggap berada ditahap yang sama yang tidak mampu mengubah hidup rakyat.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

SPRM adalah Jabatan Yang Dekat Dengan Anwar Kerana Beliau “Pemusnah” Rasuah ?