
Kuala Lumpur, 18 Okt 2024, 12.00 tengahari – PERKONGSIAN di Facebook yang memaparkan seorang wanita yang dikenali sebagai Wan Ashikin, menjalankan perniagaan hanya dengan menggunakan mesin layan diri iaitu menjual pelbagai jenis minuman tin dan makanan seperti sandwich serta nasi berlauk. Pendapatan yang diperolehi mampu mencecah antara RM13,000 hingga RM21,000 sebulan. Pendapatan bersih pula boleh mencecah RM7,000 hingga RM8,000 sebulan.bantuan,
Wan Ashikin juga sudi berkongsi bagaimana bermulanya perniagaan ini iaitu menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dalam kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani bagi menambah pendapatan bagi golongan B40. Wan Ashikin juga menceritakan bahawa perniagaannya bermula sejak bulan 10 tahun 2023 dan telah pun mencecah RM120,000 sehingga RM130,000 sehingga kini.
Wan Ashikin merupakan ibu kepada empat orang anak lelaki pada asalnya hanya menjual kuih seperti karipap dan popia mini secara atas talian dan kadang kala menerima tempahan tetapi pedapatan yang diterima hanya diantara RM300 hingga RM500 sebulan sahaja.
Pada pandangannya perniagaan melalui mesin layan diri ini sangat sesuai untuk dirinya yang dikategorikan sebagai golongan B40 dan perniagaan ini sangat banyak membantu dirinya mungkin dari segi masa dan mudah untuk meraih pendapatan.
Dengan adanya mesin layan diri ini, Pelajar tidak perlu lagi keluar jauh untuk mendapatkan makanan. Mereka boleh turun sahaja daripada bilik dan beli secara terus makanan dalam kuantiti yang banyak, mengenyangkan serta murah melalui mesin ini,” katanya.