Kewarnegaraan: RUU Perlembagaan (Pindaan} 2024, Lulus Dengan Sokongan Duapertiga
Rang undang-undang itu antara lain bertujuan meminda Fasal (1) Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan telah mendapat persetujuan lebih dua pertiga Ahli Parlimen.

Kuala Lumpur, 17 Okt 2024, 11.00 malam – SEMEMANGNYA menarik mengenai perbahasaan permohonan kewarganegaraan menerusi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang dibahaskan di Parlimen apabila rata-rata Ahli Parlimen dari berbagai parti politik bersetuju untuk memasukkan perenggan “bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu” sebagai salah satu syarat untuk mendapat taraf kewarganegaraan kepada isteri dan anak warganegara yang memohon.

Rang undang-undang itu antara lain bertujuan meminda Fasal (1) Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan telah mendapat persetujuan lebih dua pertiga Ahli Parlimen. Ini sekaligus telah memberi khabar yang gembira kepada ibu bapa anak yang lahir diluar negara kerana sebelum ini kewarganegaraan hanya diberi jika bapanya seorang warganegara.

RUU ini diluluskan selepas dibahaskan oleh 70 Wakil Rakyat dan merupakan pembentangan untuk bacaan kali kedua pada Mac lalu. Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, seramai 206 ahli Parlimen bersetuju untuk meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024, sementara seorang tidak bersetuju dan 14 lagi tidak hadir.

Berikut adalah pindaan dalam RUU berkenaan:

  1. Memperuntukkan hak sama kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan dengan ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.

2.  Seseorang kanak-kanak yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya  pada  masa kelahiran itu bermastautin secara tetap di Persekutuan tidak lagi layak untuk mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.

3. Kanak-kanak lahir di luar Persekutuan hendaklah didaftarkan, dalam masa satu tahun selepas kelahiran atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan atau konsulat Persekutuan .

4. Mengenakan syarat tambahan untuk mempunyai pengetahuan mencukupi dalam bahasa Melayu kepada mana-mana wanita bersuami yang membuat permohonan kewarganegaraan melalui pendaftaran.

5. Pinda had umur untuk memohon kewarganegaraan melalui pendaftaran daripada 21 kepada 18 tahun, selaras usia mengundi di negara ini dan takrif kanak-kanak seperti diperuntukkan Akta Umur Dewasa 1971.

6. Mengkehendaki individu 18 tahun ke bawah yang memperoleh kewarganegaraan melalui pendaftaran untuk mengangkat sumpah.

7. Kerajaan boleh melucutkan kewarganegaraan mana-mana perempuan warga asing bersuami yang memperoleh kerakyatan, jika perkahwinan dibubarkan dalam tempoh dua tahun sejak menerima kewarganegaraan.

8. Kanak-kanak baru lahir yang dijumpai dan ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah lahir di tempat itu dan ibunya ialah seorang warganegara.

9. Kerajaan Persekutuan untuk menahan pendaftaran akuan pelepasan kewarganegaraan mana-mana orang jika pelepasan itu memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan, ketenteraman awam atau kepentingan awam.

Kewarganegaraan: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus, ini yang perlu diketahui.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Pesanan Penting Dari Bank Negara Malaysia.