Apa Istimewanya UTAR Sehingga Cukai RM83 Juta Dimansuhkan Begitu Saja?
Apa istimewanya UTAR sehingga cukai sejumlah RM83 juta telah dimansuhkan begitu saja? Apa alasannya?

Kuala Lumpur, 10 Okt 2024,9.00 malam – BARU-baru ini, PMX telah menegaskan mahu menghentikan subsidi pelajaran kepada anak-anak dari golongan elit yang dianggap satu ketirisan besar yang pada pendapat beliau tidak adil kepada golongan miskin atau golongan rentan. Namun pada 8 Okt yang lalu PMX telah melepaskan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) daripada pertikaian cukai dan dendanya. Apa istimewanya UTAR sehingga cukai sejumlah RM83 juta telah dimansuhkan begitu saja? Apa alasannya?

Jika ini keputusannya bermakna masih lagi golongan elit mendapat nikmat dari subsidi kerajaan melainkan sekiranya UTAR adalah pusat pengajian bagi anak golongan B40 yang melebihi dari lima puluh peratus. Rata-rata rakyat berpendapat, pelepasan bil cukai ini merupakan campurtangan oleh PMX sehingga denda yang dikenakan kepada UTAR juga telah dibatalkan. Apakah alasan yang konkrit dari PMX untuk pelepasan cukai tersebut?

Pertanyaan mengenai kemusykilan ini diharap dapat dijawab oleh PMX dengan segera kerana bimbang pentadbiran yang baik sepanjang beliau mengambil alih jawatan perdana menteri ini akan tercemar dengan berbagai tomahan dan dianggap pilih kasih. Secara tidak langsung subsidi pendidikan yang ditanggung oleh kerajaan turut dinikmati oleh golongan kaya. Dimana niat asal PMX untuk mengelakkan ketirisan yang selama ini dapat dirasai bersama golongan kaya?

Sekiranya kaedah ini yang digunakan untuk membantu UTAR, adalah juga baiknya jika ke semua universiti awam di Malaysia menerima kaedah yang sama dengan memberi berbagai kemudahan lain untuk kegunaan pembelajaran atau pun mengekal yang sedia ada. Membantu mahasiswa dan mahasiswi dari universiti awam adalah lebih bermanfaat kerana mereka merupakan pelapis pegawai-pegawai kerajaan yang akan mencurahkan bakti kepada negara dimasa hadapan.

Memberi kelebihan sebegitu rupa kepada UTAR, diharap jangan dikurangkan sedikit pun bantuan dan subsidi kepada mahasiswa dan mahasiswi dari unversiti awam yang terdapat di Malaysia.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Kenaikan Kos Sara Hidup Tetap Berlaku Walaupun Rakyat Merintis.