Perbuatan 'Prank' Boleh Membawa Maut atau Kemurungan.
Sekiranya perbuatan tersebut keterlaluan ia boleh menyebabkan mangsa terkejut dan membuatkan jantung berdenyut deras hingga boleh menyesakkan nafas. Selain itu perbuatan ini juga boleh memalukan mangsa apatah lagi sekiranya kelakuannya disebarkan melalui media sosial untuk tontonan umum.

 

Kuala Lumpur, 8 Okt 2024. 9.00 malam – PERBUATAN ” Prank” sebenarnya bukanlah perbuatan yang baik. Banyak perkara buruk boleh berlaku kepada mangsa yang telah terkena perbuatan prank ini dimana biasanya dilakukan untuk memberi kejutan sama ada untuk menimbulkan suasana lucu atau ketakutan. Walau pun tujuan asal perbuatan ini hanyalah untuk gurauan, tetapi sebenarnya perbuatan ini berisiko untuk membawa maut atau kemurungan kepada mangsa.

Sekiranya perbuatan tersebut keterlaluan ia boleh menyebabkan mangsa terkejut dan membuatkan jantung berdenyut deras hingga boleh menyesakkan nafas. Selain itu perbuatan ini juga boleh memalukan mangsa apatah lagi sekiranya kelakuannya disebarkan melalui media sosial untuk tontonan umum. Mangsa ini berisiko tinggi untuk menjadi kemurungan seterusnya boleh menyebab dia mahu membunuh diri akibat terlalu malu.

Biasanya mangsa tidak tahu bahawa dirinya akan menjadi bahan kepada perbuatan prank ini. Sebenarnya mereka tidak mengetahui bahawa mereka akan dijadikan bahan ejekan sama ada didalam keadaan yang melucukan atau didalam keadaan yang menakutkan. Harus diingat bahawa didalam keadaan apa pun ianya tetap mendatangkan risiko kepada mangsa tidak kira sama ada kesan itu berupa perubahan yang ringan atau berat.

Budaya prank ini dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, Ia bukan lagi sesuatu yang pelik kepada kita. Golongan yang suka melakukan prank ini adalah golongan muda terutama para pelajar tidak kira diperingkat mana pun semuanya telah terpengaruh untuk melakukannya. Tetapi, ketahuilah bahawa, sebenarnya ia bukanlah budaya yang bagus untuk dilakukan.

Walaupun adakalanya ia melucukan, tetapi ada juga yang memudaratkan  orang lain disebabkan tidak dapat menerima apa yang telah dilakukan kepadanya walaupun ia hanyalah satu gurauan. Pada asalnya Prank merupakan tindakan yang bertujuan untuk menghibur atau untuk mempermainkan seseorang dimana sebenarnya mangsa tidak mengetahui bahwa dirinya dijadikan subjek ejekan atau situasi lucu. Ada juga yang mengistilahkan prank sebagai budaya.

BARU-baru ini, negara digemparkan dengan satu sketsa yang dikatakan sebagai ‘Prank’ oleh Fasilitators untuk membuat kejutan sambutan hari jadi terhadap seorang lagi sahabat ketika Minggu Destini Siswa (MDS) di UITM Segamat. Rata-rata netizen mengatakan lakonan oleh mereka yang terlibat adalah keterlaluan kerana menjerit dan mengeluarkan perkataan kasar yang dianggap perbuatan ‘OVER’. Walaupun Fasilitator telah membuat permohonan maaf, tetapi ia berkemungkinan meninggalkan kesan yang negetif terutama kepada pelajar-pelajar baru yang berada didewan itu.

Rata-rata netizen mengatakan, ia bukan melucukan, malah menimbul rasa meluat terhadap Fasilitators berkenaan yang melakukan perbuatan prank yang dikatakan ‘bodoh’. Perbuatan menjerit dikhalayak ramai merupakan perbuatan yang biadab. Walaupun niat asalnya untuk membuat prank tetapi melakukannya dihadapan para pelajar baharu adalah perbuatan tidak elok kerana para pelajar baharu seharusnya diberi semangat sebagai penguat diri apabila berjauhan dari keluarga. Para pelajar itu sepatutnya diberitahu mengenai perkara-perkara baik dan indah yang boleh diperolehi di UITM tersebut. Ini akan menimbulkan satu semangat baharu untuk mereka meneruskan pengajian didalam suasana tenang, aman dan damai.

Mohon kepada Kementerian Pengajian Tinggi agar memandang serius mengenai perkara ini dan diharap perbuatan ini tidak berulang lagi. Peringatan harus diberikan kepada para senior agar menjauhi budaya prank ini kerana terlalu banyak risiko kepada mangsa yang berada diluar pengetahuan kita. Tidak ada beza dengan perbuatan buli. Sekiranya perbuatan buli boleh dicegah, perbuatan prank ini juga boleh dicegah agar tidak terus berleluasa dikalangan pelajar.

#Prezcom