Kuala Lumpur, 07 Okt 2024, 6.00 petang – SETIAP tahun pada bulan Oktober, merupa bulan bacaan belanjawan bagi tahun berikutnya. Inilah waktu yang dinanti-nanti oleh seluruh rakyat untuk mendengar apakah kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat disepanjang tahun yang mendatang ini. Setiap hari rakyat dihidangkan dengan berita Ringgit Mengukuh. Adakah subsidi akan ditarik juga? Kita ikuti apakah intipati Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan.
Dimana-mana negara pun, rakyat tidak meminta banyak perkara, hanyalah kestabilan politik dan ekonomi sahaja yang diperlukan. Sekiranya kestabilan politik boleh dikawal maka ekonomi menjadi kukuh dan ini akan mendorong kepada meningkatkan keyakinan pelabur baik dari luar atau pun didalam negara.
Selain itu kestabilan politik dapat menjamin para pengguna dalam perniagaan. Jika masyarakat dan ahli perniagaan yakin dengan keadaan politik yang stabil, maka negara akan mampu untuk memacu pertumbuhan ekonomi, jadi tiada keraguan untuk rakyat berbelanja dan membuat pelaburan.
Setiap tahun, rakyat mengharapkan pengukuhan daya tahan ekonomi dan kedudukan fiskal yang mampan serta pemberian subsidi dan bantuan secara lebih bersasar diteruskan seperti belanjawan pada tahun-tahun sebelum ini. Kesejahteraan rakyat melalui program perlindungan sosial dan memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan, pendidikan yang berkualiti, keselamatan awam dan persekitaran hidup yang lebih selesa.
Aspek lain yang sentiasa didambakan oleh rakyat antaranya adalah, program untuk meningkatkan pendapatan rakyat berpendapatan rendah. menyediakan peluang dan bantuan kepada golongan B40, warga emas dan OKU; meningkatkan pembangunan modal insan dan tenaga mahir; menambah baik kaedah pemberian subsidi serta menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat termasuk membaik pulih perumahan rakyat yang sedia ada.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga dari rakyat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas inisiatif untuk melepaskan hampir 14,000 kes muflis dengan hutang kecil di bawah RM50,000 daripada kebankrapan. Ini termasuk hasil pelaksanaan ‘Dasar Peluang Kedua’, Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 juga telah melepaskan secara automatik daripada pengisytiharan muflis bagi kes-kes semasa dan terkebelakang yang memenuhi syarat.
Belanjawan 2024 yang juga dikenali sebagai Belanjawan Madani Kedua, rakyat telah menyaksikan belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah negara. Generasi muda perlu berterima kasih kepada beliau diatas perancangan serta ” Dasar Peluang Kedua yang diperluas kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000. Semoga inisiatif ini dapat diteruskan selepas kejayaan pelaksanaan dasar sama sebelum ini.
Harapan rakyat untuk perbelanjaan negara bagi tahun 2025 ini, mohon untuk turut diperluaskan kepada golongan veteran dalam lingkungan umur 50 hingga 60 tahun yang tidak punya mata pencarian tetap untuk melakukan sesuatu mengikut kemampuan bagi mendapatkan sumber untuk meneruskan kehidupan seharian. Melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan hasil untuk kelangsungan hidup supaya tidak membebankan pihak lain seperti anak-anak dan saudara mara.
Tinggi harapan rakyat kepada Kerajaan Madani untuk mendapatkan lebih banyak sumber bagi membantu rakyat tidak kira didalam bentuk apa sekali pun. Sudah hampir tiga tahun rakyat bergelumang dalam kancah kesusahan disebabkan tiada kestabilan politik dan kelembapan ekonomi dunia. Sebagai kerajaan yang menitik beratkan kebajikan rakyat, perjuangakanlah nasib rakyat agar terlepas dari kegusaran hidup yang dicengkam dengan kemiskinan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Duit Syiling Peringatan Bersempena Pertabalan Agong Ke-XVII Sultan Ibrahim.