Kuala Lumpur, 06 Okt 2024, 3.00 petang – HARI ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah melancarkan ‘Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024‘ diPusat Konvensyen Ipoh (ICC) Perak yang bertemakan, “Malaysia Madani : Jiwa Merdeka”.
Beliau mengambil peluang untuk bersama-sama rakan bagi menyemaikan rasa cinta dan sayang terhadap bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Kebangsaan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan di Ipoh.
Datuk Seri Anwar berkata, Bahasa Kebangsaan ini telah menyatukan kita untuk hidup dalam kerukunan walaupun berbilang budaya dan bangsa tetapi sentiasa berada didalam keadaan aman dan damai.
Untuk itu adalah menjadi keperluan sebagai rakyat Malaysia untuk mempunyai kesedaran dan bangga kerana boleh menggunakan Bahasa Kebangsaan dan menguasainya dalam diri masing-masing.
Datuk Seri Anwar menjelaskan lagi, jangan kita lupa diri, seperti segelintir kelompok elit yang taksub dan bangga dengan dengan Bahasa Inggeris dan menganggap Bahasa kebangsaan sebagai sesuatu yang meremehkan sehingga berasa fobia untuk mempertuturkannya.
Beliau turut mengingatkan bahawa penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak semestinya bersifat ’zero-sum game’ sehingga meminggirkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Beliau juga turut mengingatkan bahawa Bahasa Melayu mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan dan dasar Pendidikan Negara. Sekiranya bahasa lain seperti Bahasa Cina, Tamil atau Arab digunakan, ia tidak seharusnya meminggirkan atau mengurangkan penggunaan Bahasa Kebangsaan.
Begitu juga aliran persekolahan bahasa lain. Perlu mengutamakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Datuk Seri Anwar, turut bertegas, untuk memperteguh tekad Kerajaan MADANI dalam menjunjung penggunaan Bahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Penjelasan JAKIM Berkaitan Sebaran Video Mengenai Bajet Sekolah Agama 2024.