MARA Mahu Melahirkan Ramai Usahawan Wanita Yang Berdaya Saing
Program Pemerkasaan Wanita ini bertujuan untuk membantu para usahawan dalam kalangan wanita di seluruh negara untuk memberi kemudahan pembiayaan perniagaan, kursus-kursus usahawan dan geran perniagaan yang boleh dimanfaatkan bersama.

Kuala Lumpur, 4 Okt 2024, 5.00 petang – MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan Program Pemerkasaan Wanita 2024 Parlimen Tanjung Piai bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nenas, Pontian, Johor. Tujuan program anjuran MARA ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing dan seterusnya berjaya dalam dunia usahawan yang dilihat semakin kompetitif.program,

Setinggi- tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk @rosnisohar , Ahli Majlis MARA yang merealisasikan program  ini untuk terus diperkasa di peringkat akar umbi di seluruh negara dengan memberi taklimat kemudahan MARA yang juga bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti TEKUN dan SSM bagi membantu usahawan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Program Pemerkasaan Wanita yang dianjurkan oleh MARA itu telah berjaya menghimpunkan seramai Seramai 220 usahawan wanita Tanjung Piai. Selain dari memperkukuhkan peranan wanita daerah tersebut, program itu juga memberi fokus dan pendedahan kepada penduduk mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke IPMA seperti UNIKL, KPTM, IKM, KKTM dan GIATMARA melalui Mini Karnival Jelajah Pendidikan Luar Bandar MARA.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA. Pada majlis tersebut, Dr Asyraf telah  menyampaikan bantuan persekolahan daripada Yayasan Pelajaran MARA  kepada 50 orang pelajar. Selain itu beliau juga turut menyampaikan surat tawaran pembiayaan bernilai RM480 ribu kepada enam orang usahawan serta menyerahkan geran pembangunan usahawan kepada tujuh penerima, dan menyampaikan sijil pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat(BeSS) kepada pengusaha Premis Perniagaan MARA yang berkelayakan.

Melalui program ini, dapat dilihat dengan jelas kesungguhan pihak MARA dalam memberi sokongan yang kuat dalam pendidikan terutama kepada generasi muda serta membangunkan keusahawanan di kalangan wanita dan seterusnya membantu memperkasakan ekonomi komuniti setempat.

Turut hadir didalam program tersebut adalah Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Puan Rafidah binti Abdul Manan, Pengarah MARA Negeri Johor, Encik Farris bin Radzuan, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Puan Intan Baizura binti Md Rahim, Pengarah Hubungan Korporat Yayasan Pelajaran MARA ( YPM) dan warga kerja Pejabat MARA Negeri Johor.

#MerakyatkanMARA
#MARAGemilang
#Prezcom