Peratusan Pengundi Bukan Melayu Keluar Mengundi Dikatakan Rendah.
DAP mengambil perhatian yang serius dengan peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.

Kuala Lumpur, 29 Sept 2024, 9.00 malam – SETIAUSAHA Agung DAP Loke Siew Fook berkata, Peratusan undian oleh penduduk bukan Melayu dikatakan rendah, walaupun Barisan Nasional mendapat kemenangan yang besar di DUN Mahkota dengan majoriti 20,648 undi iaitu empat kali ganda lebih besar berbanding PRN 2022 iaitu 5,166 undi.

Loke dikatakan memandang serius perkara ini dan menarik perhatiannya selepas BN menepati ramalan para penganalisis memenangi PRK tersebut dengan majoriti yang besar iaitu 20,648 undi. Loke berkata DAP akan terus berusaha untuk menyakinkan penyokong dan akar umbi mengenai hala tuju Kerajaan Perpaduan,

Namun, untuk mencapai  kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang, semua gabungan parti didalam Kerajaan Perpaduan perlu menjaga keharmonian diantara satu sama lain dan elakkan perselisihan dalaman.

Desas desus mengatakan bahawa pengundi dari kaum Cina tidak berminat untuk membuang undi di PRK kali ini, mungkin ada kebenarannya apabila Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi sendiri ada menerima laporan yang sama dari komuniti perniagaan mereka.

Ini berkemungkinan disebabkan pertelingkahan antara Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok membabitkan isu pensijilan halal. Ini dapat dilihat disepanjang kempen jentera kerajaan perpaduan selama lebih kurang dua minggu di Dun tersebut.

Penganalisis mengatakan bahawa kelantangan Ketua Pemuda Umno itu dalam membuat kritikan terhadap Teresa telah memberi kesan kepada pengundi Cina.

Walau bagaimanapun, BN telah memenangi PRK tersebut dengan meraih undian sebanyak 27,995 undi dengan  mengatasi calon Perikatan Nasional yang hanya meraih 7,347 undi. Walau tanpa sokongan yang kuat dari kaum Cina, BN masih mampu untuk mencapai kemenangan yang besar.

Kredit – FMT

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: