Kekosongan Jawatan Didalam perkhidmatan JPJ Perlu Diisi Segera Tahun Depan.
Kekosongan tersebut perlu dipenuhi dengan segera bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik, cekap dan berkualiti kepada rakyat –  kredit – antitindakan.web.app

Kuala Lumpur, 27 Sept 2024, 5.00 petang – Dalam usaha menaik taraf perkhidmatan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berharap kekosongan jawatan dapat diisi sepenuhnya mulai tahun hadapan terutama terutama di negeri Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Kekosongan tersebut perlu dipenuhi dengan segera bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik, cekap dan berkualiti kepada rakyat. Selain dari itu berbagai perancangan telah diatur bagi berbagai operasi penguatkuasaan dan disebabkan itu, kekosongan jawatan perlu diisi dengan segera.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kekosongan itu meliputi di pelbagai bidang terutamanya penguatkuasaan, perkhidmatan terasnya dalam kejuruteraan automotif selain pelesenan kenderaan dan pemandu yang akan bertugas di kaunter-kaunter JPJ.

Menurut Aedy, beliau amat berharap supaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat meluluskan permohonan dari orang ramai bagi jawatan pegawai dan anggota agar dapat disi pada tahun hadapan.

“Kita ingin mengambil lebih ramai lagi anggota dan pegawai pada tahun depan dan kami jangkakan sekiranya dibenarkan dan diluluskan JPA,m dan SPA kita akan ambil lebih daripada 250 pegawai dan anggota JPJ. Katanya.

Di Kuala Lumpur dan Johor, pengisian dianggarkan hanya kira-kira 86 peratus sahaja dan perlu ditambah serta dipertingkatkan kepada 90 peratus ke atas tetapi tidak sampai 100 peratus. Untuk itu, perbincangan perlu diadakan dan kelulusan pengisian jawatan ini daripada JPA,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Tamat Kursus Asas Pegawai Pengangkutan Jalan Tahun 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan, Tiang Dua, Ayer Molek, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan, Dr. Azmi Awang.

Kredit – Sinar

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :