Isyarat Dari Mahkota Penting Untuk Menilai Kerajaan Johor.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota penting untuk menilai kerajaan Johor.

Kuala Lumpur, 25 Sept 2024, 5.00 petang – KETUA Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebagai kajian separuh penggal kepada pencapaian kerajaan Johor setelah lebih dua tahun ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Untuk itu, beliau amat berharap pengundi di DUN Mahkota tidak kira kaum akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri dengan memanfaatkan peluang yang ada untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Menurut Azleen, PRK ini boleh dijadikan sebagai kajian terhadap cara pentadbiran BN samada ia terbaik atau tidak isyaratnya dapat dilihat melalui undian yang diberi dan isyarat juga boleh dihantar kepada kerajaan negeri untuk dinilai.

Jika sokongan jelas diberikan kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz sudah tentu lebih banyak rencana pembangunan dirangka dan dilaksanakan di negeri serta Kluang khususnya DUN Mahkota,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di Command Centre BN PRK DUN Mahkota di Taman Sri Kluang di sini, pada Rabu.

Pada masa yang sama, Azleen menggesa agar pengundi di DUN tersebut tidak terpengaruh dengan isu kepimpinan diperingkat nasional sebagai contoh, isu yang membabitkan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkait isu pensijilan halal.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya sebelum ini iaitu Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas. Sharifah Azizah dari BN.

Untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan, satu Pilihan Raya Kecil akan diadakan dengan pertembungan antara calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah dengan Perikatan Nasional (PN) ,Mohamad Haizan Jaafar pada 28 Sept 2024 ini.

Kredit – Sinar

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: