Guna Sahaja Pegawai Yang Sudah Sedia Ada Di Luar Negara.
Menurut Adnan, dengan hanya melibatkan wakil yang telah sedia berkhidmat diluar negara, maka penjimatan kos dapat dilakukan.

Kuala Lumpur, 22 Sept 2024, 22 Sept 2024, 6.00 petang – PRESIDEN Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), berkata, langkah bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam melakukan lawatan luar negara adalah dengan hanya menggunakan pegawai atau wakil yang sedia ada yang bertugas di luar negara waktu ini.

Menurut Adnan, dengan hanya melibatkan wakil yang telah sedia berkhidmat, maka penjimatan kos dapat dilakukan. Mengoptimumkan dasar yang telah tersedia merupakan perkara yang amat ditekankan oleh kerajaan ketika ini.

Adanan mengulas lanjut mengenai rombongan oleh 68 orang penjawat awam yang telah diatur oleh Perdana Menteri untuk menghadiri satu pameran kecil ke Berlin Jerman adalah sangat memeranjatkan beliau.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ketika ini kerajaan sedang mengambil langkah penjimatan dalam berbagai pengurusan.

Sesuatu yang amat dikesali adalah, perkara ini sepatutnya diuruskan diperingkat jabatan, namun ia terpaksa dikendalikan sendiri oleh Perdana Menteri.

Pada pendapat Adnan, terdapat berbagai-,bagai kaedah boleh digunakan selain dari menghantar penjawat awam dari Malaysia iaitu menggunakan duta dan pegawai-pegawai lain yang sememangnya bertugas disana untuk mewakili Malaysia.

Paling penting adalah, kementerian perlu memainkan peranan yang bijak untuk mengawal perbelanjaan dengan hanya menghantar para pegawai yang benar-benar diperlukan untuk tugasan yang dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke luar negara.

“Jadi tidak perlulah kita hadir secara fizikal sehingga 68 orang kalau nak pergi pun mungkin seorang dua pegawai yang benar-benar atas tajuk atau atas program itu sahaja tanpa perlu melibatkan ramai pegawai untuk pergi ke sana,”katanya.

Bercakap mengenai pengumuman kenaikan gaji untuk penjawat awam baru-baru ini, adalah menjadi harapan Cuepacs agar berbagai perubahan positif dapat dilihat untuk menuju ke arah yang lebih baik, efisien dan bertanggungjawab terhadap tugas.

Semalam Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata, tiada keperluan untuk Malaysia menghantar para pegawai bagi menghadiri hanya satu pameran kecil walaupun semua persediaan dan keperluan telah diatur seperti tiket dan hotel penginapan.

Anwar turut menegaskan apa sahaja mengenai lawatan oleh syarikat dan agensi kerajaan kini memerlukan persetujuan serta kelulusan dari menteri kerana dibimbangi tentang keputusan yang mungkin memihak kepada kepentingan sendiri.

Kredit – Buletin TV3

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

PRK Mahkota. DAP Kecam Tindakan Kotor Individu Sebarkan Surat Layang.