
Kuala Lumpur, 21 Sept 2024, 3.00 petang – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mana-mana pemimpin atau wakil rakyat yang didapati lembab dan tidak cekap dalam tugasan akan ditukarkan sebagai satu reformasi untuk mengukuhkan kerajaan.
Menurut Anwar, agenda kerajaan adalah untuk menguatkan jentera kerajaan demi rakyat. Siapa pun kita, tidak kira Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri atau pemimpin harus ingat, dari derita dan air mata, dari luka dan darah serta air mata dari perjuangan rakyat bawahan.
“Bila kita bertapak, tiada pembesar, tiada orang kaya, tiada Tun atau Tan Sri, yang bersama kita, yang ada ini… semangat rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat di sini, semalam.
Anwar memperingatkan semua pemimpin supaya terus berkerja keras dan memperkukuhkan kekuatan jentera.
Perhimpunan yang diadakan semalam bertemakan ” Dari Reformasi ke Malaysia MADANI” yang dihadiri lebih kurang 10,000 penyokong.
Kredit – Astro Awani
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Di Melaka Akan Dibuka Dalam Waktu Rehat.