
Kuala Lumpur, 01 Sept 2024, 11.00 malam – POLIS sedang mencari seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan kerana dipercayai menggunakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk palsu dari negeri Pahang.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, laporan telah dibuat oleh pertubuhan itu. Pihak polis telah merampas beberapa dokumen dan masih menjalankan siasatan bagi menangkap suspek.
Yahya berkata, Suspek boleh dituduh di bawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 kerana menggunakan gelaran tidak wajar bagi tujuan tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan pelaku juga boleh didenda tidak kurang daripada RM200,000 dan tidak melebihi RM500,000.
Kredit – Astro Awani
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :