Tiada Petunjuk Jelas Orang Melayu Mulai Menyokong Umno Semula
Untuk memulihkan kepercayaan dan hati nurani orang Melayu, ianya akan mengambil masa.

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2024, 6.00 petang – MENURUT Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, walaupun telah berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru- baru ini, ia bukan bermakna imej Umno sudah kembali pulih dan majorit orang Melayu sudah mula mempercayai Umno kembali.

Menurut Mohamad Hasan, kejayaan memenangi PRK DUN Nenggiri, hanyalah satu permulaan kepada satu perjalanan yang jauh dan berliku. Ia lebih getir dan lebih mencabar kerana sudah tentu akan ada cacian dan tomahan sebelum orang -orang Melayu benar-benar boleh menerima Umno sepenuhnya.

Daripada apa yang berlaku selepas PRU-15, kepercayaan orang Melayu makin terhakis terhadap Umno. Selepas PRK DUN Nenggiri juga ia juga tidak menggambarkan secara jelas orang Melayu kembali menyokong Umno. Dalam ertikata lain, sokongan dari orang Melayu itu tidak kukuh dan tidak kuat.

Apa yang perlu diberi perhatian adalah, Umno tidak boleh lalai dan merasa tidak tercabar walaupun menjadi sebahagian dari Kerajaan Perpaduan. Tidak boleh dinafikan bahawa Umno adalah rumpun Melayu yang sangat memerlukan sokongan kuat dari kaum sendiri.

Ditambah pula Umno hanyalah pelengkap kepada kerajaan dihari ini. Bukan parti utama yang menjadi pemerintah seperti dahulu. Jangan kita lalai sehingga satu masa Umno akan hilang dari bumi Malaysia ini. Umno perlu bangkit untuk menjadi pemerintah sepenuhnya seperti dahulu.

Paling utama adalah, kita jangan lalai kepada tanggungjawab kita terhadap agama, bangsa dan negara. Walaupun kita adalah sebahagian dari kerajaan perpaduan, identiti parti Umno tidak boleh hilang.

Justeru, usaha memulihkan kepercayaan ini mesti dilakukan dengan segera dan gigih. Pastinya tiada jalan mudah untuk menawan kembali nurani bangsa Melayu. Ia akan mengambil masa. Namun, itulah harga sebuah perjuangan.

Menurut Mohamad Hasan, strategi untuk memulihkan kepercayaan orang Melayu terhadap Umno adalah dengan mengembalikan Umno sebagai sebuah parti yang lengkap, kuat, bersatu padu dan cemerlang.

Kredit – Astroawani

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Pemuda Umno Cadangkan Syed Hussein Sebagai Calon DUN Mahkota.