Semua Pasar Raya Dan Peniaga Tidak Boleh Caj 20 Sen Bagi Beg Plastik
Semua pasar raya dan peniaga di negeri itu tidak dibenarkan mengenakan caj bagi semua jenis beg plastik kepada pelanggan.

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2024, 3.00 petang – EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, semua pasar raya dan peniaga di negeri itu tidak dibenarkan mengenakan caj bagi semua jenis beg plastik kepada pelanggan termasuk juga dari jenis biodegradasi.

Walau bagaimanapun masih terdapat pasar raya dan kedai-kedai runcit yang mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik sekali guna walaupun perintah larangan telah dikeluarkan sejak Oktober 2022. Larangan ini termasuk penggunaan polesterina dan penyedut minuman.

Namun, peniaga dibenarkan mengguna beg plastik jenis biodegrasi mengikut permintaan. Tiada sebarang caj atau bayaran akan dikena kepada pelanggan sekiranya menggunakan beg plastik jenis biodegradasi yang dibekalkan secara sukarela oleh pemegang lesen perniagaan.

Arul berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri telah memberi sedikit keselesaan dan ruang masa iaitu selama dua tahun kepada peniaga dan pada masa yang sama kerajaan mereka menjalankan kempen larangan penggunaan beg plastik.

Didalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini, arahan telah dikeluarkan supaya pihak PBT serta penguatkuasa bertindak lebih agresif kepada semua jenis perniagaan.

Tindakan menyediakan beg plastik kepada pelanggan adalah satu kesalahan dan melanggar syarat perlesenan. PBT telah pun mengeluarkan syarat kepada para peniaga bahawa penggunaan beg plastik tidak dibenarkan sejak tahun 2022.

Masih terdapat syarikat besar dan kecil yang membekalkan plastik dilarang seperti oxo-degradable atau jenis photodegradable yang sangat berbahaya kepada manusia dan haiwan.

Untuk itu, pihak PBT tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan sewajarnya seperti pembatalan lesen terhadap peniagaan yang engkar dan dikompaun sebanyak RM250 serta boleh diheret ke mahkamah jika gagal membuat pembayaran.

Sebelum ini pihak PBT telah pun mengeluarkan notis peringatan sebanyak 1,125 notis di seluruh negeri kerana melanggar peraturan.

Notis paling tinggi dikeluarkan oleh Majlis Daerah Rembau ( MDR ) adalah kepada peniaga pasar malam iaitu sebanyak 500 notis. Manakala Majlis Bandaraya Seremban ( MBS ) sudah mengeluarkan 14 notis.

Kredit – Metro

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :