Kuala Lumpur, 20 Ogos 2024, 12.00 malam – MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli, melalui dan Kementeriannya telah memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35). Melalui Kementeriannya, beliau telah mengariskan tiga teras yang sejajar dengan ekonomi Madani iaitu memperkukuh pasak ekonomi negara, memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi, dan ketiga, menegakkan keadilan sosial.
Dengan hala tuju yang diperkenalkan ini, pembangunan ekonomi bumiputera akan menjadi satu langkah proaktif mengangkat darjat dan martabat golongan ini.
Kerajaan Perpaduan akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perancangan pembangunan dan sosioekonomi negara. Kerajaan juga komited dan akan sentiasa memberi keutamaan kepada setiap agenda yang dirancang.
Walau bagaimanapun, hak kaum lain tidak akan diketepikan dan mereka juga akan mendapat manfaat dari setiap perancangan yang dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan negara.
Berdasarkan kenyataan media, PuTERA35 dibangunkan dengan tiga tema iaitu penyertaan, pemilikan dan penguasaan (3P) bumiputera yang lebih bermakna.
Pelan berkenaan juga disokong dengan tiga teras, 12 pemacu dan 132 ikhtiar yang pebih komprehensif, berani, berpandangan jauh serta lebih inklusif yang merupakan anjakan besar dalam membawa pembangunan bumiputera ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau.
Bagi memastikan apa yang dirancang berjalan dengan lancar, Rafizi mengajak semua individu dan kumpulan didalam penjawat awam, pihak swasta serta yang lain untuk memastikan aspirasi didalam PuTERA35 dapat dijayakan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Rafizi berpendapat, perancangan yang dirancang perlu mampu memberi kesan yang hebat. Namun pelaksanaan itu perlu cekap. Dalam erti kata lain, perlu pantas serta tepat.
Tambah Rafizi lagi, pada Jumaat yang lepas, kita semua telah mendengar amanat dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua pihak meningkatkan produktiviti dan perlu cekap dan mempunyai iltizam yang tinggi untuk meningkatkan daya saing negara.
Beliau juga berharap PuTERA35 akan melahirkan generasi bumiputera yang positif, progresif dan inovatif. Harapan besar beliau adalah melihat kemampuan dan keberanian generasi ini dalam bersaing bukan sahaja di peringkat domestik malah di peringkat antarabangsa.
Kredit – Malaysiakini
#Prezcom
Baca Lebih Banyak Berita: