
Kuala Lumpur, 16 Ogos 2024, 3.00 petang – KETUA AMANAH Kawasan Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, belum ada sebarang perbincangan dibuat mengenai calon dari mana-mana parti untuk mengisi kerusi yang dipertandingkan pada PRK DUN Mahkota kali ini.
Menurut Mohd Zuhan, Kerajaan Perpaduan tidak wujud di Johor. Jadi, dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi parti Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan wakil Kerajaan Perpaduan untuk kerusi DUN Mahkota ini adalah dari parti BN.
Mohd Zuhan seterusnya berkata, kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Zahid adalah tidak tepat kerana pemimpin Kerajaan Perpaduan peringkat pusat juga belum mengadakan perbincangan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN). Untuk itu, mana – mana pihak tidak tidak berhak untuk menuntut kerusi DUN tersebut.
Dalam kenyataan di laman facebooknya, Mohd Zuhan sebagai berkata, dakwaan Ahmad Zahid bahawa AMANAH menuntut kerusi BN itu adalah tidak benar kerana di Johor tidak ada Kerajaan Perpaduan. Apa yang sepatutnya dibuat oleh Ahmad Zahid adalah meminta Pengerusi Umno Johor iaitu Datuk Onn Hafiz agar membuat pertemuan dengan kedua – dua wakil prmimpin PH dan Umno bagi mencari jalan penyelesaian dengan segera untuk membuat penentuan siapa yang layak bertanding bagi kerusi DUN tersebut.
Mohd Zuhan juga semua pemimpin yang mahu memberi maklum balas mengenai tuntutan DUN Mahkota itu supaya memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang disebut oleh mereka. Jangan baca separuh jalan kemudian beri maklum balas yang salah. Mereka tidak mahu PN ( Perikatan Nasional) mengambil kesempatan diatas isu dalaman gabungan PH dan BN.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :
Zahid Tidak Perlu Mendabik Dada Sebagai Hero Mengaku Menyelamatkan Umno.