Zahid Tidak Perlu Mendabik Dada Sebagai Hero Mengaku Menyelamatkan Umno.
“Saya tidak boleh dijatuh oleh Zahid atau Umno. Parti yang kalah tidak berhak jatuh parti yang menang.”

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2024, 3.00 petang – BEKAS perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Zahid bahawa dia telah cuba untuk mengharamkan Umno dengan bertindak menjatuhkan dirinya sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri ketika itu. Bekas perdana menteri itu seterusnya berkata Ahmad
Zahid bukan hero, tak perlu dabik dada selamatkan Umno selepas PRU-14 dahulu.

Mahathir berkata beliau cuma mengingatkan bagaimana parti itu mengalami kekalahan pilihan raya yang paling buruk dan buat pertama kalinya UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) tersingkir dari Putrajaya. Bukan seperti yang dikatakan oleh Ahmad Zahid bahawa beliau cuba mengharamkan UMNO. Menurutnya lagi, Zahid hanya seorang yang menghadapi tuduhan dalam mahkamah dan sanggup bekerjasama dengan musuh ketat Umno iaitu DAP.

“Zahid bukan hero. Zahid tidak perlu mendabik dada sebagai hero yang menjatuh saya dan menyelamat Umno.” Mahathir merujuk kepada ucapan Zahid ketika mesyuarat bahagian Umno Cameron Highlands baru-baru ini. Menurut Mahathir lagi, “Saya tidak boleh dijatuh oleh Zahid atau Umno. Parti yang kalah tidak berhak jatuh parti yang menang.” Katannya.

pada 2018, Zahid didakwa dengan 47 pertuduhan rasuah yang berkaitan dengan berjuta-juta ringgit dari Yayasan Akalbudi dan diperintahkan untuk membela diri pada Januari 2022. Pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan Zahid pelepasan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

Pada masa yang sama, Mahathir mengingatkan Zahid pada dua pertemuan peribadi dan menasihatkan Zahid bahawa parti itu telah tidak lagi berada di landasan perjuangan yang betul dan sama sekali tidak sama dengan tujuan asal penubuhannya. Pada pandangan Mahathir hak untuk dikenali atau dinamakan UMNO sudah tidak ada lagi.

Mahathir meneruskan penerangannya dengan menyatakan adalah lebih baik nama Umno tidak digunakan dan caranya adalah dengan membubarkan nama parti Umno. Namun Zahid tidak bersetuju dan tidak membubar parti yang mengguna nama Umno. Katanya. Selanjutnya, Mahathir menegaskan “Selepas berjumpa Zahid kali kedua, Zahid menjelaskan yang beliau tidak bersalah dalam tuduhan rasuah yang disebar umum. Saya jelaskan saya tidak berkuasa membebaskan beliau,” katanya lagi.

Selanjutnya, Mahathir menegaskan dia telah meletakkan jawatan perdana menteri pada Februari 2020 selepas BERSATU iaitu parti yang diasaskannya selepas keluar dari Umno menolak untuk mengikut nasihatnya.
Pada pandangan beliau, biasanya apabila seorang pemimpin tidak lagi mendapat kepercayaan dari pengikutnya, secara baik dan terhormat letaklah jawatan.

Peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri pada usia mencecah 99 tahun telah terjadi tidak berapa lama selepas itu. Berlakunya “Langkah Shreton” yang membentukan kerajaan PN di bawah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, dengan membuat kerjasama bersama BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Star. Maka berakhirlah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia ke-8 dan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui selama 22 bulan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Zahid Mendedahkan Dirinya Dalang Utama Jatuhkan Tun Dr Mahathir ?