Gara-gara Ingin Meminjam RM250,000, Warga Emas Rugi RM110,000
Sedari Ditipi Apabila Suspek Meminta Mangsa Berterusan Membuat Bayaran

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2024, 12.00 malam – GARA-GARA ingin meminjam wang sebanyak RM250,000, disebuah Institusi Perbankan, seorang warga emas kerugian RM110,000 akibat ditipu setelah terpengaruh dengan sebuah iklan pinjaman wang di Facebook.

Kejadian itu berlaku pada 29 Julai yang lalu di Padawan Sarawak. Mangsa dipercayai seorang kontraktor dan telah berhubung dgn ejen institusi kewangan itu melalui WhatsApp.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata, berkata, mangsa seterusnya telah percaya dengan penerangan dan syarat-syarat yang disebutkan oleh suspek dan terus membuat persetujuan untuk membuat pinjaman sebanyak RM250,000.

Seterusnya mangsa diarahkan untuk membuat pembayaran wang proses pinjaman, deposit, duti setem, bayaran peguam dan bayaran scoring pinjaman melalui cara pemindahan dalam talian dan mesin deposit tunai.

Mangsa dipercayai telah melakukan sebanyak 23 transaksi wang ke lima akaun bank yang berlainan secara berperingkat dengan jumlah lebih kurang RM110,000.

Suspek kemudiannya meneruskan operasi dengan meminta mangsa berterusan membuat bayaran tetapi mangsa masih juga tidak mendapat pinjaman wang seperti yang dimohon. Pada ketika itu mangsa sudah mulai menyedari bahawa dirinya telah ditipu oleh suspek.

Rentetan dari apa yang berlaku, mangsa telah membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kredit – Utusan Borneo Online

#Prezcom

Baca Lebih Banyak Berita:

Pahang Terus Lahirkan Pemimpin Di Kalangan Wanita Dengan WANLeads.