Pahang Terus Lahirkan Pemimpin di Kalangan Wanita dengan WANLeads.
Wanita Pahang membangunkan sifat dan jatidiri seorang pemimpin

 

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2024, 2.00 Petang – UNIT Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang melalui Tun Ghazali Shaife Institute for Strategic Leadership (TGS-ISL), UCYP terus memperkasa dan membangunkan kepimpinan dikalangan bakat wanita dengan kursus Kepimpinan Wanita Berinovasi (Women as Nation Leaders, WANLeads). WANLeads merupakan inisiatif penting yang bertujuan mengupayakan wanita di negeri Pahang khususnya dalam mengembangkan bakat kepimpinan mereka serta menyumbang semula kepada pembangunan sosial, ekonomi dan politik negeri serta negara.

Program WANLeads menampilkan 80 orang peseta belia wanita dari negeri Pahang yang akan dilatih dan dibimbing dengan lima(5) module utama bagi membentuk ketrampilan wanita sebagai seorang pemimpin berkebolehan. Program WANLeads secara umum mengandungi tiga (3) fasa yang bermula Ogos dan tamat pada November 2024.

Semalam merupakan siri pembukaan Fasa 1, Siri 1 yang bermula pada 9 & 10 Ogos 2024 dari jam 8.30 pagi – 5.30 petang bertempat di Auditorium Kampus Utama UCYP University, Tanjung Lumpur, Kuantan. Sesi pembukaan majlis dimulakan dengan ucapan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof Dr. Noorul Ainur binti Mohd Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP University dan majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sabariah binti Saidan, EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Bagi Fasa 1, Siri 1 ini peserta akan dedahkan dengan lima (5) modul utama iaitu; “Voice & Innovative Leadership (V-InLead),” “Strategic Decision Making via AI,” “Fit to Lead,”,”Style Quest,” dan “RISE”. Wartawan PrezCom sempat menemuramah pembimbing program WANLeads, Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari bagi mendapatkan pandangan beliau tentang program ini.

Ts.Megat memberitahu dan berkata “program seperti ini harus terus diperkasa bagi mencungkil bakat kepimpinan dikalangan wanita dan usaha ini harus terus dilebarluaskan ke negeri-negeri lain.” dalam temuramah ringkas di Kuala Lumpur setelah beliau selesai menghadiri siri Leadership Coaching, beliau memberitahu bahawa program-program bersifat kepimpinan seharusnya dibuat secara berfasa kerana proses membangunkan sifat dan jatidiri seorang pemimpin bukan boleh terjadi dalam masa sehari dua dan untuk itu format program WANLeads memang bertepatan.

#PrezCom

Lebih Banyak Berita :

Transformasi Bank Digital Perlu Dipercepatkan, Diberi Laluan Pantas – PM