Ramai Warga Malaysia Cenderung Bahasa Inggeris Sehingga Lupa Bahasa Ibunda
Bahasa adalah budaya, tamadun dan tradisi, Tanpa bahasa identiti sesuatu bangsa itu tidak akan dikenali.

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2024, 12.00 malam – DI MALAYSIA kini, terdapat ramai warga negara kita yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda iaitu bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris kini menjadi bahasa pertuturan baik dirumah atau pun dimana-mana sahaja.

Michael Luebke, seorang warga Jerman, mengatakan bahawa beliau tidak begitu senang dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat seperti mengabaikan budaya dan identiti diri sedangkan mereka adalah orang Melayu dan warga Malaysia tetapi lupa pada bahasa sendiri dengan menjadikan bahasa asing sebagai bahasa pertuturan utama.

Menurut Luebke, bahasa menggambarkan etnik dan budaya sesuatu bangsa. Keagungan dan identiti sesuatu bangsa itu terletak kepada bahasa yang digunakan. Pada pandangan Luebke, bahasa menjadi alat atau wadah yang sangat penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi. Selain dari itu bahasa juga merupakan  keunikan kepada sesuatu bangsa atau kaum melalui cara pertuturan dan cara pemikiran.

Menurut Luebke, dalam pemerhatian beliau, terdapat rakyat Malaysia yang tidak lagi menggunakan bahasa Melayu dirumah dan petuturkannya dengan keluarga, malah lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris padahal ia merupakan bahasa kepada bangsa sendiri dan sebahagian daripada sejarah dan identiti Malaysia.

Luebke berpendapat suatu ketika dahulu, rakyat Malaysia terutama orang Melayu berjuang bersungguh sungguh untuk mempertahankan budaya dan bahasa, tetapi kini ramai yang tidak lagi memandang bahawa ia adalah alat komunikasi yang penting dan tidak lagi berusaha untuk memperkasakan bahasa ibunda tercinta itu.

Dengan demikian, Luebke telah menekankan penggunaan bahasa ibunda Melayu ini bersama keluarga dirumah dan dimana jua. Lubke dan isteri mendidik anak-anak dengan adat dan budaya Melayu  serta memperingatkan anak-anaknya tentang sejarah Malaysia yang sangat mashyur.

Nilai hormat-menghormati  serta kepentingan untuk mengekalkan identiti negara Malaysia perlu diterapkan didalam diri.  Sebagai sebuah negara yang harmoni,unik dan bertamadun, budaya dan bahasa tidak boleh dipinggirkan dan dilupakan.

Lubke menceritakan pengalaman peribadinya mempelajari bahasa Melayu. Pada pendapat beliau, bahasa Melayu sangat mudah dipelajari dan sangat menarik serta sebutannya mirip sekali dengan bahasa Jerman. Maka itu, Lubke menjadikannya kebiasaan kepada keluarganya sejak dulu untuk bertutur  dalam bahasa Melayu.

Menurut Husna iaitu isteri kepada Lubke, beliau dan suami sangat suka bertutur dalam bahasa Melayu dan menggalakkan keempat-empat anak mereka untuk mengekalkan bahasa dan budaya Melayu.

Kepada warga Malaysia yang ingin belajar bahasa Jerman, mungkin mereka akan mendapati ejaan dan sebutan seperti sama dengan bahasa Melayu jelas Luebke.

Kredit – Astroawani

#Prezcom

Baca Lebih Banyak Berita :

Isu Tanah Jalan Duta Akan Beri Implikasi Serius Pada Negara.