Penguatkuasa Perlu Kerap Berkas Warga China Tinggal Lebih Masa
Ramai Warga China Yang Tinggal Lebih Masa

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024, 3.00 petang – AKHIR-akhir ini ada laporan mengatakan semakin ramai warga China membanjiri Malaysia dan ia menjadi bualan orang ramai di Malaysia. Oleh itu, penguatkuasaan perlu kerap untuk memberkas warga China ini yang didapati tinggal lebih masa di negara kita. Bukan sahaja warga China malah semua pendatang dari negara lain terutama yang tidak mempunyai dokumen perlu diusir supaya tidak membanjiri negara kita.

Terdapat laporan yang mengatakan kebanjiran warga dari tanah besar itu dan peningkatan dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun lalu amat membimbangkan rakyat negara ini. Adakah ianya benar ? Perkara ini perlu disiasat bagaimana ia berlaku? Adakah penguatkuasaan kita lemah ? Mengapakah mereka berminat untuk berada di Malaysia ?

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Prof Dr Azmi Hassan berkata, tanpa kawalan, tidak diketahui jumlah, tempat tinggal dan tujuan mereka berada, ia boleh mengganggu gugat keselamatan di negara ini. Mungkinkah ada pihak yang menjanjikan sesuatu kepada mereka atau disebabkan kesejahteraan dan kemakmuran negara ini yang menarik minat mereka untuk tinggal lebih lama disini? Semuanya menjadi persoalan kepada rakyat Malaysia.

Sebenarnya tidak menjadi isu yang besar jika kedatangan mereka melalui cara yang sah. Samada secara langsung sebagai pelajar, ahli perniagaan atau tujuan lain seperti untuk mendapatkan perubatan dan ianya tidak boleh menjadi kekangan untuk negara ini bagi menarik warga China atau warga asing lain datang ke Malaysia secara sah. Apa pun alasannya, pemantauan amat penting supaya ia tidak mengganggu kesejahteraan dan keamanan negara.

Sebelum ini The Financial Times (FT) melaporkan warga China didapati semakin membanjiri Malaysia, menyaksikan peningkatan dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun lalu. Turut dilaporkan juga trend berkenaan dijangka mendatangkan kesan lebih besar kepada Malaysia berbanding negara destinasi utama lain penduduk tanah besar itu.

Faktor lain yang menyebabkan Malaysia dibanjiri oleh warga China ini adalah kerana di negara ini juga terdapat bangsa Cina. Sudah tentu warga China itu tidak berasa janggal atau tersisih. Tidak ada masalah sekiranya datang ke sini untuk sementara mereka habiskan kerja dan projek mereka yang ada di sini. Apa yang penting adalah masih dapat dikawal. Tujuan mereka masuk ke Malaysia juga perlu dikenal pasti.

Menurut Azmi, apa yang berlaku ketika ini di Eropah atau di Amerika Syarikat warga China itu dipandang serong kerana sifat anti-imigran yang membuak ketika ini. Di Malaysia pula, ia bertujuan untuk menarik pelancong atau warga asing supaya berbelanja di negara kita disebabkan warga China mempunyai kuasa belanja yang agak besar, tidak sebesar Singapura tetapi lebih besar daripada warga Thailand atau Indonesia umpamanya,” katanya kepada Harian Metro.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Pahang Terus Lahirkan Pemimpin Di Kalangan Wanita Dengan WANLeads.