Remaja Perempuan Berusia 14 Tahun Menyamar Sebagai Petugas Perubatan Di Hospital
Pegawai Perubatan

 

Kuala Lumpur, 09 Ogos 2024, 3.00 petang – SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan oleh pihak polis di lobi hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Khamis kira-kira pukul 9 pagi ketika cuba mendaftar di kaunter dengan menggunakan identiti palsu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof berkata, pihak polis turut merampas sehelai baju dan seluar scrub serta lanyard hak milik hospital berkenaan dari pelajar tingkatan dua itu.

Menurut Wan Kamarul, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada kakitangan hospital kira-kira pukul 1 tengah hari Rabu selepas menerima laporan seorang remaja perempuan mengakui dirinya sebagai pegawai perubatan dan mahu masuk ke dewan pembedahan kerana mahu membantu untuk melakukan pembedahan.

Seterusnya pada keesokkan hari, lebih kurang jam 8.30 pagi, pihak hospital telah menghubungi pihak polis apabila melihat remaja perempuan itu hadir di kaunter pendaftaran.

Sehubungan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 488 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam. Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara ini kerana berkemungkinan akan mengganggu siasatan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Kisah Wira Negara Yang Perlu Dikenang