Kuala Lumpur, 08 Ogos 2024, 7.00 malam – Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, gambaran secara umum peningkatan gaji penjawat awam yang dijangka sekitar 15 hingga 47 peratus telah pun tersebar luas. Penjawat awam dari kalangan kumpulan pelaksana berkemungkinan mendapat kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sehingga 42.7 peratus.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan, garis panduan berkaitan kenaikan gaji penjawat awam secara umum akan mula diedarkan pada minggu depan. Peningkatan bagi kumpulan pelaksana akan lebih tinggi seperti yang dijangkakan manakala peningkatan yang lebih sederhana akan dinikmati oleh kumpulan seperti KSU (Ketua Setiausaha) dan Ketua Pengarah.
Fahmi seterusnya menjelaskan perkara berkaitan implikasi kewangan bukan sekadar di bawa dalam mesyuarat Kabinet, malah menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober ini. Ianya juga terdapat beberapa perkara yang melibatkan aspek implikasi kewangan susulan kenaikan gaji penjawat awam ini. Sekiranya ingin melihat perincian kenaikan gaji bolehlah dilihat dalam dokumen Belanjawan 2025.
Fahmi juga turut menjelaskan, Ini adalah usaha Kerajaan Madani untuk memastikan supaya penjawat awam dapat menikmati kenaikan gaji. Bukan sekadar meningkatkan pendapatan gaji bagi penjawat awam sahaja, malah membantu sektor swasta untuk meningkatkan pendapatan dan gaji pekerja melalui pelaksanaan dasar gaji progresif.
Fahmi mengumumkan semua ini pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet semalam. Dalam masa yang sama beliau juga memaklumkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sedang meneruskan usaha pendaftaran syarikat yang ingin turut serta dalam program dasar gaji progresif. Beliau turut mengesa syarikat swasta yang belum berdaftar dan ingin berbuat demikian dengan berhubung dengan Kesuma.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :
Pemberian Gaji Progresif Sehingga 24 Bulan Kini Didalam Pertimbangan Kerajaan.