LRT3

 

Kuala Lumpur, 30 July 2024, 16:00 – LRT3 iaitu Projek Transit Aliran Ringan 3 , yang menjadi penghubung antara Bandar Utama dan Johan Setia di Selangor, dijangka akan siap sepenuhnya dan mula beroperasi menjelang suku ketiga tahun hadapan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan bahawa pembinaan jajaran, yang melibatkan pembinaan 20 stesen telah mencapai 95.6 peratus dan kerja-kerja tersebut dijangka akan siap pada bulan Oktober ini.

Setelah semua kerja pembinaan selesai, proses integrasi sistem dijangka akan bermula dan mengambil masa beberapa bulan sehingga menjelang awal tahun hadapan.

Proses seterusnya, kita akan bersedia untuk melakukan proses pengujian dan pentauliahan yang akan mengambil tempoh tiga hingga empat bulan sebelum mula beroperasi menjelang suku ketiga tahun hadapan,” Anthony menyatakannya dalam  satu sidang media selepas meninjau tahap kemajuan projek tersebut di Stesen Pasar Jawa pada hari Isnin.

Tempoh jangkaan operasi mungkin sedikit lewat berbanding jadual asal iaitu pada Mac tahun hadapan disebabkan oleh penangguhan kerja semasa pandemik Covid-19. Berikutan musim pendemik  yang melanda ketika itu, beberapa kerja tidak dapat diteruskan.

Anthony seterusnya memaklumkan bahawa satu mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 5 Julai lalu telah membuat keputusan untuk mengembalikan lima stesen asal LRT3, iaitu Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja, dan Bandar Botanik.

Pengembalian skop ini termasuk pembelian 150 bas elektrik dan pembinaan dua depoh bas baru serta pembelian  tujuh set tren tiga gerabak dan pembesaran depoh tren di Johan Setia.

Penambahan kos sebanyak RM3.8 bilion diperlukan bagi melaksanakan pengembalian skop ini. Ia  termasuk kos untuk menyediakan bas perantara antara stesen pertama dan terakhir. Ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan LRT3.

Menurut Anthony,”tambahan bagi skop asal dan kerja-kerja lain akan mengambil masa dua tahun, tetapi ini tidak akan mengubah dan memberikan kesan kepada tarikh pembukaan serta mengganggu operasi bagi 20 stesen berkenaan.

Menurut Anthony lagi, dengan pengembalian lima stesen ini, ia menunjukkan komitmen yang diberikan oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengangkutan awam khususnya di sekitar Lembah Klang.

Laluan ini dijangkakan memberi manfaat kepada penduduk dikawasan yang padat seperti Bandar Utama, Shah Alam, dan Klang dimana kawasan ini tidak mempunyai sistem LRT sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan pembinaan lima stesen tambahan LRT3 dengan kos RM4.7 bilion, yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan. Perkara ini disebut dalam pembentangan Belanjawan 2024.

Kira-kira RM16 bilion  diperlukan untuk perbelanjaan projek LRT3 ini. Projek ini akan  bermula di Bandar Utama dan seterusnya berakhir di Johan Setia.

Dalam perkembangan lain, kementeriannya sedang dalam proses untuk memutuskan mengenai pelaksanaan naik taraf lesen motosikal secara automatik  dari kelas B2 kepada kelas B penuh. Pengumuman dijangka akan dibuat dalam masa terdekat. Kata Anthony lagi.

Sebelum ini,Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada menyatakan bahawa had umur dan tempoh pemilikan lesen B2 adalah antara faktor yang perlu dipertimbangkan. Perkara ini perlu diteliti sebelum keputusan akhir mengenai naik taraf lesen tersebut dibuat.

Kredit – BERNAMA

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Cuaca Panas: Hadkan Aktiviti Luar, Ambil Langkah Berjaga-jaga