Rokok Tanpa Cukai

 

Kuala Lumpur, 27 JULAI 2024, 21:00 DALAM satu operasi yang dijalankan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Chuping, berhampiran Padang Besar, semalam, pasukan polis berjaya merampas 358 karton rokok tidak bercukai dari pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM94,512. Operasi itu dinamakan ” Op Taring Wawasan Kedah/Perlis.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah, memaklumkan sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Hulu, Perak, telah menjumpai barangan rampasan itu di Ladang Kenaf, Chuping pada jam 7.15 pagi.

Terdapat tujuh bungkusan plastik hitam yang diletakkan di dalam sebuah kontena putih yang terbiar di ladang kenaf tersebut. Butiran mengenai penemuan barangan itu adalah berdasarkan hasil maklumat risikan.

Dalam pemeriksaan yang dilakukan, terdapat 358 karton rokok pelbagai jenama dan tidak bercukai berada didalam bungkusan plastik hitam tersebut.

Menurut Mohd Shokri, bungkusan  rokok yang dirampas itu juga tidak memenuhi standard keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda maksimum 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000.

Kredit – BERNAMA

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Penurunan Tahap Air di Taman Tasik Taiping Mencapai 70 Peratus