Kuala Lumpur, 27 July 2024, 12:00 – MENJELANG Hari Kebangsaan yang akan datang, Malaysia sekali lagi mencipta pencapaian membanggakan.
Berdasarkan data tempahan terbaru dari Agoda, Kuala Lumpur kini berada di kedudukan kelima dalam senarai destinasi antarabangsa paling popular untuk enam bulan pertama tahun ini, selepas Tokyo, Bangkok, Osaka, dan Seoul.
Namun, tarikan Malaysia tidak terhad kepada Kuala Lumpur sahaja. Bandar-bandar seperti Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, dan Melaka juga menjadi tumpuan utama pelancong antarabangsa.
Menyambut bulan Merdeka ini, Agoda memperkenalkan beberapa puncak terkenal di Malaysia yang melambangkan warisan, keindahan alam semula jadi, dan pemandangan yang menakjubkan.
Merdeka 118 – Puncak seni bina moden

Kuala Lumpur kini dihiasi dengan Merdeka 118, bangunan pencakar langit setinggi 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter, menjadikannya bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.
Dinamakan sempena Kemerdekaan Malaysia, puncak Menara Merdeka 118 mencapai ketinggian 700.9 meter di atas paras laut, menjadikannya bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Terletak berdekatan Stadium Merdeka, bangunan ini melambangkan sejarah dan aspirasi moden Malaysia.
Pelancong boleh melawat dek pemerhatian untuk menyaksikan pemandangan indah Kuala Lumpur apabila ia dibuka pada hujung tahun ini.
Gunung Ledang – Puncak Kisah Cinta Teragung

Di Johor, Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai Gunung Ophir tersergam indah di Taman Negara Gunung Ledang.
Dengan ketinggian 1,276 meter, ia puncak tertinggi di negeri itu yang kaya dengan khazanah alam semula jadi serta mengisahkan kisah dongeng yang mempesona.
Gunung ini terkenal dengan Legenda Gunung Ledang yang mengisahkan seorang puteri mistik yang menetapkan syarat-syarat mustahil bagi menerima pinangan Sultan Melaka.
Gunung ini terus menarik kunjungan pelancong yang tidak sabar untuk menerokai denai ke puncaknya dan juga kisah mistik.
Gunung Ledang juga menjadi inspirasi kepada filem, antaranya Puteri Gunung Ledang, lakonan Tiara Jacquelina dan M Nasir.
Bukit Bendera, Pulau Pinang – Puncak Bersejarah

Bukit Bendera di Pulau Pinang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan sejarahnya.
Sebahagian daripada Rizab Biosfera Bukit Bendara yang diiktiraf UNESCO, Bukit Bendera telah dijadikan pusat peranginan sejak akhir abad ke-18 dan mempunyai laluan kereta api funikular yang membawa pelancong ke puncaknya.
Laluan kereta api ini pertama kali dibuka pada 1924 dan dibaik pulih pada tahun 2010.
Gunung Kinabalu – Keajaiban Puncak Alam Semula Jadi

Gunung Kinabalu di Borneo, dengan ketinggian 4,095 meter, adalah puncak tertinggi di Malaysia dan puncak pulau ketiga tertinggi di dunia.
Terletak di Taman Kinabalu, tapak Warisan Dunia UNESCO, gunung ini terkenal dengan biodiversitinya.
Ia menjadi habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna, termasuk bunga Rafflesia dan burung enggang yang jarang ditemui.
Dengan ribuan spesies tumbuhan, burung, dan mamalia, ia merupakan salah satu tapak biologi terpenting di dunia.
Pendakian ke puncak Gunung Kinabalu menawarkan cabaran fizikal serta keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan.
Menara Taming Sari – Puncak Panorama

Menara Taming Sari mercu tanda ikonik di Melaka dengan berketinggian 110 meter dan menampilkan pemandangan panoramik 360 darjah di sekitar bandar bersejarah itu termasuk tapak Warisan Dunia UNESCO, Kubu A Famosa, Bukit St Paul dan Jalan Jonker yang meriah.
Dinamakan sempena keris legenda Taming Sari, senjata mitos milik pahlawan Melayu Hang Tuah, dek pemerhatian berputar menara ini boleh memuatkan sehingga 80 orang untuk menyaksikan pemandangan indah bandar raya Melaka dan kawasan sekitarnya.
Meraikan Malaysia, sempena ketibaan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan, Agoda mengesyorkan pelancong tempatan serta antarabangsa untuk membawa pengalaman percutian mereka ke ‘puncak’ tertinggi.
Justeru, setiap puncak ikonik ini melambangkan aspek unik warisan dan kegemilangan Malaysia serta menawarkan pengalaman percutian yang tiada seumpamanya.
Carilah pakej percutian bernilai hebat dengan mudah bagi cuti hari kemerdekaan yang bakal menjelang nanti.

Kredit – BHarian
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
SPAN Tubuh Jawatankuasa Khas Teliti Insiden Gangguan Bekalan Air