Kuala Lumpur, 22 July 2024, 12:00 – ISTIADAT pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu telah berlangsung dengan penuh adat dan tradisi didalam suasana yang penuh kegemilangan. Upacara ini mendapat liputan luas dari media antarabangsa yang terkenal dan ternama.
Di Singapura, platform berbahasa Melayu Mediacorp, Berita, bukan sahaja menyiarkan berita daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), malah semua media diseluruh dunia dalam berbagai bahasa turut berkongsi laporan bergambar mengenai Istiadat Pertabalan Di raja ini di laman media sosial negara masing-masing.
CNA turut menghasilkan laporan video dan berita yang terperinci mengenai istiadat ini. Upacara ini dihadiri oleh ratusan tetamu, termasuk ketua ketua negara, menteri menteri kanan, para diplomat asing serta putera dan puteri di raja dari luar negara.
Selain itu, SPH Media, Berita Harian Singapura, dan The Straits Times (ST) juga memberikan liputan menyeluruh mengenai peristiwa bersejarah ini. Agensi Berita China, Xinhua, menonjolkan kehadiran Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan Raja Bahrain, Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, dalam istiadat tersebut.
Dalam laporannya, Xinhua turut memetik titah Sultan Ibrahim yang berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur, ikhlas, dan adil serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat tidak kira agama dan bangsa.
Akhbar dalam talian British, The Independent, memberikan liputan mengenai pertabalan ini dengan menumpukan kepada latar belakang Sultan Ibrahim dan keluarga. Akhbar tersebut menjelaskan amalan penggiliran sembilan Raja Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, di mana jawatan Ketua Utama Negara digilirkan setiap lima tahun. Ini bermakna, keindahan dan keunikan penggiliran sistem beraja di Malaysia dapat dilihat dan difahami oleh negara luar.
Associated Press (AP) pula membuat liputan dan memberikan gambaran menyeluruh mengenai pertabalan dengan tajuk, “What to know about Malaysia’s coronation of its King, Sultan Ibrahim Iskandar,” yang memfokuskan kepada peranan Yang di-Pertuan Agong dan latar belakang Sultan Ibrahim.
Kredit – BERNAMA
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
Kerjasama Antarabangsa Penting Demi Keadilan Mangsa Tragedi MH17 – Pm Belanda