Gaji Penjawat Awam

 

Kuala Lumpur,19 July 2024, 12:00 KERAJAAN akan membuat pengumuman khas mengenai kenaikan gaji sebanyak 1.5 juta penjawat awam pada 16 Ogos ini.

Menurut maklumat dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang disiarkan melalui laman X, pengumuman tersebut akan diadakan sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Pastinya semua pegawai awam sedang sibuk dan teruja menanti gaji baharu, kan?” kata JPA dalam satu hantaran pada hari Isnin.

Dalam hantaran yang sama, JPA turut menggalakkan penjawat awam untuk meningkatkan prestasi dan kualiti kerja mereka selaras dengan kenaikan gaji yang bakal diterima.

“Sambil kita menantikan pengumuman khas tentang kenaikan gaji di Majlis MAPPA, mari kita tingkatkan prestasi dan kualiti kerja dengan penuh dedikasi. Ini adalah selari dengan kenaikan gaji yang akan diterima nanti,” jelas JPA.

Pada bulan Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa perincian kadar kenaikan gaji baharu bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada bulan Oktober.

Semasa sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, Anwar mengumumkan bahawa gaji penjawat awam akan dinaikkan lebih daripada 13 peratus bermula 1 Disember depan.

Ini merupakan kenaikan yang tertinggi dalam sejarah negara sejak kali terakhir kadar baharu diumumkan pada tahun 2013.

Pengumuman pada 1 Mei lalu memperlihatkan pelarasan gaji yang melebihi 13 peratus, menjadikannya sebagai kenaikan tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

Kredit – SHarian

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Dewan Rakyat Lulus RUU Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Malaysia