MyKad Palsu

 

Kuala Lumpur,16 July 2024, 16:00 SATU operasi oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjaya membongkar penipuan melibatkan kad pengenalan palsu apabila tiga lelaki warga Filipina ditahan di sebuah premis perniagaan pada Khamis lalu.

Operasi ini dikenali sebagai Ops Pengawal Keselamatan.

Menurut JPN, hasil siasatan awal menunjukkan bahawa ketiga-tiga suspek membeli kad pengenalan palsu daripada ejen dengan harga anggaran RM250. Ketiga-tiga individu yang ditahan berusia antara 27 hingga 55 tahun dan disyaki menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Operasi ini dijalankan selepas pemantauan dan risikan selama dua minggu di lokasi yang terlibat. JPN memaklumkan bahawa ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang hubungan antara satu sama lain. Mereka akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Salah seorang suspek akan didakwa di mahkamah, manakala dua lagi akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kredit – SHarian

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Majlis Raja-Raja mahu pindaan RUU 355 dibuat dengan teliti – Anwar