Belanjawan 2025

 

Kuala Lumpur, 16 July 2024, 21:00 –

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka akan membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini. Pengesahan mengenai tarikh tersebut disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, semasa sidang akhbar mingguan.

Menurut Fahmi, “Sidang Parlimen akan bermula pada 14 Oktober dan Belanjawan 2025 dijadualkan untuk dibentangkan pada 18 Oktober. Tarikh ini adalah yang terkini, dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.”

Media melaporkan bahawa Belanjawan Madani 2025 yang akan dibentangkan pada bulan Oktober ini akan berlandaskan beberapa prinsip utama. Fokus utamanya adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih pesat dan memperbaiki penyediaan kemudahan kepada rakyat.

Fahmi juga memaklumkan bahawa Belanjawan 2025 akan menjadi belanjawan ketiga yang dibentangkan oleh Anwar sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Beliau menambah, “Perdana Menteri baru-baru ini telah mengadakan sesi dialog belanjawan dan telah mengarahkan semua menteri untuk melaksanakan sesi dialog di kementerian masing-masing bersama pemegang taruh dari sektor yang berkaitan.”

Ini adalah langkah penting menjelang pembentangan belanjawan pada pertengahan Oktober nanti.

Belanjawan 2025 ini adalah belanjawan ketiga yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas belanjawan pertama pada Februari 2023 dan belanjawan kedua pada Oktober 2023.

Kredit – KOSMO

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Wanita Dilapor Hilang Selepas Hantar Kereta Sewa Kepada Pelanggan