Kuala Lumpur, 13 Jun 2024, 16:00 – HARAPAN skuad Harimau Malaya untuk melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 tidak tercapai walaupun mereka mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Keputusan ini disebabkan oleh kegagalan Oman untuk membantu kemaraan skuad negara, apabila mereka hanya mampu seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada perlawanan terakhir Kumpulan D yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, awal pagi tadi.
Dengan keputusan ini, Oman menjuarai Kumpulan D dengan mengumpul 13 mata, manakala Kyrgyzstan muncul sebagai naib juara dengan 11 mata.
Walaupun Oman diharapkan untuk mencatat kemenangan besar dengan tujuh gol, mereka terpaksa berdepan dengan kekalahan awal apabila Eldiyar Zarypbekov menjaringkan gol untuk Kyrgyzstan pada minit ke-19. Namun, Erzhan Tokoyatev akhirnya menyamakan kedudukan kepada 1-1 pada minit ke-57 melalui jaringan sendiri.
Kedua-dua pasukan tidak berjaya menambah jaringan sehingga wisel penamat dan terpaksa berpuas hati dengan satu mata setiap satu dalam perlawanan tersebut.
Kegagalan skuad bimbingan Kim Pan Gon untuk menamatkan saingan dalam kelompok dua teratas pusingan kedua kelayakan menyaksikan mereka terlepas peluang automatik ke Piala Asia 2027, dan perlu bersaing dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2027.
Kredit – BH
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>
Terapkan Bahasa Tempatan, Kita Terlalu Guna ‘Bahasa Putrajaya’