Kuala Lumpur, 09 Jun 2024, 12:00 – PADA 17 Jun 2024, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha, seperti yang diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman.
Pengumuman ini disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada malam ini, di mana Datuk Mohd Aseral turut mengumumkan bahawa 1 Zulhijjah 1445 Hijrah jatuh pada esok hari.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1445 Hijrah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi.
“Oleh itu, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi seluruh negeri di Malaysia akan disambut pada hari Isnin, 17 Jun 2024 Masihi,” kata beliau.
Kredit – BERNAMA
#PrezCom
Baca lebih banyak artikle di sini :>