Faisal

 

Kuala Lumpur, 14 Mei 2024, 16:00 PENYOKONG bola sepak tempatan kini boleh menarik nafas lega kerana pemain utama Harimau Malaya, Faisal Halim, menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani rawatan kulit allograft.

Keadaan ini dinyatakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, selepas melawat Faisal yang juga merupakan pemain utama Selangor FC semalam.

Lawatan tersebut memberikan gambaran bahawa Faisal mungkin akan menjalani pembedahan susulan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, rawatan kulit allograft yang bermula Khamis lalu telah menunjukkan hasil yang baik tanpa sebarang jangkitan kuman pada pemain tersebut.

“Setakat ini, saya nampak keadaan Faisal semakin baik dan proses kulit allograft juga tampaknya berjaya tanpa masalah. Kita akan memantau perkembangan Faisal dalam sehari dua ini sebelum pakar perubatan memutuskan rawatan lanjut,” ujarnya.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan bahawa Faisal akan menerima rawatan tahap tertinggi dengan menggunakan kulit allograft yang dianggarkan bernilai RM30,000.

Prosedur ini digunakan apabila pesakit tidak mempunyai kulit yang cukup untuk merawat dan menutup luka terbakar.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr. Muhammad Hazwan Khair, menjelaskan bahawa pendekatan ini diambil sebagai sebahagian daripada prosedur untuk mempercepatkan pemulihan Faisal.

Rawatan ini juga menyebabkan Faisal ‘dikawal ketat’ dan tidak boleh dikunjungi oleh orang ramai bagi mengelakkan risiko jangkitan kuman terhadapnya.

Kredit – HMetro

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Program E-usahawan Mdec Jana Jualan Terkumpul Lebih Rm1.24 Bilion